Assalamualaikum......
Tak susah menjadi diri sendiri, tapi hakikatnya sekarang ada yang memilih untuk menjadi orang lain....tak payah la, buat penat je.
Mengikut pada pembacaan aku, cap jari setiap manusia di dunia ni adalah berbeza walau pasangan kembar sekalipun, hebatkan kejadian Allah!
Tapi kaitan cap jari ni dengan tajuk asal?? haha
Sebenarnya, setiap identiti manusia adalah berbeza dan hanya satu identiti untuk seorang manusia....senang cerita nisbah 1 manusia, 1 identiti...sama juga dengan cap jari kita, kalau ada 2 orang yang mempunyai cap jari yang sama, tak ke haru biru jadinya....senang senang jela orang kedua akses akaun orang pertama kan
Identiti kita pun ada satu je, janganla gatal gatal nak jadi orang lain, siti nurhaliza ada satu, biarlah satu je hendaknya, kita cuma mencontohi kejayaan atau sikap beliau, MENCONTOHI, bukan meniru sebijik sebijik..kalau kita jadi orang lain siapa nak jadi diri kita, hahahha~
Be Happy, Be Yourself, If Others Don't Like It Then Let Them Be, Happiness Is A Choice. Life Is Not About Pleasing Everybody..
BE YOURSELF, IT'S LIMITED EDITION!
~sebaik baik contoh adalah Nabi Muhammad S.A.W.~
Pages
▼
Sunday, December 9, 2012
Monday, November 5, 2012
Manusia yang mulia
~ Assalamualaikum ~
Daripada Khalifah Abdul Malik Marwan ~
" Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika mampu membalas, dan bersikap adil ketika kuat. "
~ (",) ~
Wednesday, October 17, 2012
Tuesday, September 11, 2012
Saturday, July 28, 2012
Kerana nila setitik....~
Assalamualaikum.....
*Setiap Yang Tersurat Carilah Makna Yang Tersirat*
Kerana nila setitik rosak susu sebelanga...
Kerana sirap sesudu terhidang segelas bandung segar...
Kerana penjara setahun hilang kepercayaan seumur hidup...
Kerana seorang bising satu kelas kena denda...
Kerana dakwat setitik berjuta terfikir tentangnya...
Kerana lidah sejengkal persengketaan berlarutan...
Kerana satu langkah ke Masjid tercatat sepuluh pahala...
Kerana seorang ibu enam orang anak mendoakannya...
Kerana seorang ayah enam orang anak menghormatinya...
Kerana sepotong ayat yang baik tercatat sepuluh kebaikan...
Kerana sebuah tv manusia rugi separuh harinya...
Kerana sikap belas terhadap haiwan seorang pelacur dijanji Syurga...
Terima kasih Allah
#hak cipta terpelihara yoya-makan.blogspot#

Thursday, June 14, 2012
Quotes for Today # 2
"Sometimes the hardest things and the right things are the same"
"Bad things are always going to happen in life. People will hurt you. But you can't use that as an excuse to hurt someone back"
"I know everything happens for a reasons. But sometimes I wish I knew what that reason was. Secret behind the great wisdom"
~ (",) ~
Sunday, June 3, 2012
Istiqamah sang Semut
~ Assalamualaikum ~
Istiqamah bermaksud teguh di atas jalan yang lurus. Sebagai manusia kita harus beristiqamah dengan setiap pekerjaan dan perkara yang kita lakukan...
Kenapa semut menjadi pilihan? Banyak lagi yang boleh dijadikan contoh....Takpe, kita mulakan dengan yang kecik dulu...kecik kecik cili padi tau....

*sumber : Google
- Semut hidup bermasyarakat, begitu juga manusia. Mereka saling tolong menolong dan mencari rezeki bersama sama. Rezeki yang diperolehi dikongsi bersama.
- Semut yang bersaiz kecil ni sering membawa muatan yang melebihi saiznya, hebat kan? Walaupun penat langkah disusun semula mengulang pekerjaan yang sama.
- Tak mudah putus asa. Pernah tak kita sembur penghalau serangga pada semut? Rasanya pernah kot...haha, apa jadi? semut datang balik kan. Kalau kita manusia, kena halau sekali, taubat tak pergi dah!
~sekadar perkongsian bersama, yang baik datang dari Allah~
~ (",) ~
Monday, May 21, 2012
Life Lesson # 1
No one makes a lock without a key....
That's why God won't give you problems without solutions~
VeryBestQuotes.com
That's why God won't give you problems without solutions~
VeryBestQuotes.com
Tuesday, March 6, 2012
Kelebihan Ayat Kursi
Assalamualaikum.....
Ayat-ayat Al Quran sememangnya kaya dengan pelbagai manfaat, syafaat serta kebaikan-kebaikan yang tiada tandingannya bagi pembaca dan yang mengamalkannya. Aku terjumpa satu satu post dari facebook mengenai kelebihan ayat kursi nih lantas sepantas kilatnya tergerak hati dan sanubariku untuk mengongsikannya...
1. Baca pada saat keluar rumah, 70000 malaikat akan menjaga kamu dari semua sisi.
2. Baca pada saat masuk ke rumah, kemiskinan tidak akan memasuki rumah kamu.
3. Baca setelah berwuduk, darjat kamu akan dinaikkan sehingga 70 tingkat.
4. Baca sebelum tidur, para malaikat akan menjaga kamu sepanjang malam.
5. Baca selepas solat, maka jarak kamu dan syurga hanyalah kematian.
Marilah sama-sama mengamalkannya, tak semua satu pun jadilah. Sampaikan kepada orang lain, maka ini adalah sedekah jariah.
p/s : oleh kerana aku tak terhafal-hafal lg doa selepas solat, aku baca ayat kursi je dan doa-doa pendek yg sewaktu dengannya..hehee~
p/s lagi : membaca ayat kursi selepas solat amatlah digalakkan~
~sharing is caring~

Thursday, March 1, 2012
Tuesday, January 31, 2012
Tugas seorang muslim....#4
أشهد أن لا إله إلا ألله
وأشهد أن محمدا رسول الله
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah
Syarat sah syahadah itu enam perkara :
1. Hendaklah tertib lafaz-lafaz syahadah itu seperti yang dinyatakan itu.
2. Hendaklah melafazkan kedua-dua kalimah syahadah itu dengan berturut-turut.
3. Hendaklah faham akan makna kedua-duanya.
4. Hendaklah mendustakan sekilan perkara yang menyalahi bagi maksudnya syahadah itu.
5. Hendaklah menggunakan perkataan “أشهد” pada keduanya.
6. Jangan syak pada keduanya
Saturday, January 14, 2012
That's ALLAH
Have you ever been down and out and nobody seems to be around for you to talk to……
THAT’S ALLAH….He wants you to talk to Him.
THAT’S ALLAH….He wants you to talk to Him.
Have you ever been just sitting there and all of sudden you feel like doing nice for someone you care for…..
THAT’S ALLAH….He talks to you.
Have you ever been thinking about somebody that you haven’t seen in a long time and then next thing you know you see them or receive a phone call from them…..
THAT’S ALLAH….there is no such thing as “coincidence”
Have you ever received something wonderful that you didn’t even ask for
THAT’S ALLAH….He knows the desires of your heart.
Have you ever been in a situation and you had no clue how it is going to get better, but now you look back on it….
THAT’S ALLAH….He passes us through tribulation to see a brighter day.
"life's so complicated,but make it simple..solve any problem in your way..just ignore all the voice that disturbing you..BE Y0URSELF.."
~quote credit to syahizatun izyana~