Pages

Tuesday, November 26, 2013

Happy Birthday Wish Pillow

Assalamualaikum.

Semalam sempat buat postage untuk 2 tempahan minggu lepas. Alhamdulillah, satu ke Sarawak dan satu lagi ke Kuala Lumpur. Kali ni meh nak tunjuk sikit tempahan yang selamat dipos ke Sarawak dulu. Temanya sangat simple, nak plain sahaja taknak gambar-gambar, text ucapan semata-mata. Jom tengok sambil cuci mata.....

Saiz : 17 inci x 11 inci
Material : Cotton + Felt (Applique)
Filling : Kekabuss

'Happy Birthday Akmal Syafriq'
Pandangan hadapan dan pandangan sisi...

Sekarang sedang menyiapkan tempahan bantal untuk majlis perkahwinan dan hadiah sempena konvokesyen. Bagi yang berminat bolehlah place your order gittuww. hahaha, dah macam rojak dah entri ni. Untuk tempahan boleh rujuk disini -------> Tempahan

Jangan lupa like page kami sekali, Lime Like Shop  

Sekian ^_^

Monday, November 25, 2013

Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda

Assalamualaikum.


Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda
Kulit Lebih Gebu Dan Flawless Dalam 14 Hari

Sana sini orang ramai heboh perkatakan kehebatan Ephyra. Ramai blogger yang sudah mencuba Ephyra dan rasa sangat berpuas hati dengan hasil bagus produk ini. Ephyra semakin dikenali dan diyakini oleh ribuan pengguna.

Tetapi apakah itu Ephyra? Ada yang bertanya, krim ke? Pil ke? Ephyra adalah produk minuman supplemen tambahan yang sangat sedap untuk  kecantikan dan kesihatan tubuh badan yang bermula dari dalam. Ephyra didatangkan dalam bentuk serbuk sachet yang dihasilkan daripada gabungan mantap rumusan terunggul alam semulajadi di seluruh dunia, kolagen terhidrolisis ikan laut dalam, L-Glutathione, Astaxanthin, Acai Berri, Acerolla Ceri, Marigold Flower Extract, Acacia Gum, Superberi dan Serbuk Tomato yang merawat, memperbaharui dan seterusnya menyerlahkan lagi keserian dan kesihatan dalaman dan luaran.

Dengan ribuan testimoni yang meyakinkan, telah menambat hati ramai pengguna Ephyra. Mengapa Ephyra sangat berkesan? Sudah tentu kerana formula hebatnya yang mengandungi 9 bahan alam semulajadi berkualiti tinggi bergred super AAA. Ephyra bukan hanya produk kolagen semata-mata, tetapi Ephyra adalah formulasi rumusan minuman antioksida yang terbaik untuk kecantikan dan kesihatan anda. Sesuai untuk semua peringkat umur, untuk lelaki  juga wanita semestinya. Ephyra disahkan selamat dan berkesan serta mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia beserta disahkan Halal oleh JAKIM.

Testimoni boleh dicipta, pengalaman boleh direka, gambar boleh diubah dan pelbagai lagi. Tetapi testimoni dari pengguna setia Ephyra memang tidak boleh disangkal lagi. Kalau anda google "testimoni ephyra" atau "review ephyra", anda akan lihat banyak review hebat perkongsian dari ribuan pengguna Ephyra.

Jika anda ada masalah kulit kusam, kedutan, jerawat, jeragat, sakit sendi, tumit merekah, kulit kering, rambut gugur dan sebagainya, jangan ketinggalan untuk dapatkan penyelesaian anda dengan Ephyra. Jom lihat apakah kelebihannya...
  1. Membantu menjadikan kulit kita lebih anjal, halus dan cerah berseri.
  2. Merangsang penghasilan kolagen yang diperlukan oleh tubuh badan kita.
  3. Membantu memulihkan wajah yang bermasalah seperti jerawat dan jeragat. 
  4. Membantu memulihkan masalah kulit ekzema (kegatalan dan kemerahan).
  5. Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus di wajah.
  6. Menghindari kita daripada penyakit barah, tekanan darah tinggi, diabetes dan masalah kulit kerana ianya mengandungi supplemen anti oksidan Astaxanthin.
  7. Menguatkan rambut dan melambatkan uban.
  8. Menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar.
  9. Melancarkan sistem pencernaan dalam  badan, menurunkan berat badan dan mengawal nafsu makan.
  10. Mengurangkan kadar kolesterol dan menjauhkan kita daripada risiko mendapat sakit jantung.
  11. Membantu seimbangkan tekanan darah.
  12. Meningkatkan tenaga dan daya ingatan.
  13. Meningkatkan sistem ketahanan badan.
  14. Melindungi retina dan mencegah penyakit mata akibat kerosakan termasuk faktor usia.
  15. Melegakan kesakitan sendi dan arthritis.
  16. Melegakan kesakitan pedih ulu hati dan gastrik.
Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila klik Flyer, Website dan Fanpage.

Bagi memudahkan anda semua, jom kita klik link di bawah, antara testimoni Ephyra yang dipilih dari kalangan blogger.
  1. Masalah kulit muka dan jerawat - klik SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI dan SINI
  2. Masalah period / haid - klik SINI dan SINI
  3. Masalah tumit / tapak kaki - klik SINI dan SINI
  4. Testimoni kuku dan rambut - klik SINI, SINI dan SINI
  5. Testimoni lelaki - klik SINI
  6. Testimoni menyusukan anak - klik SINI
  7. Pelbagai masalah lain - klik SINI
Kulit yang sempurna. Wajah yang jelita. Keyakinan tiada tandingan. Hasil yang nyata. Semuanya lengkap dalam satu produk kecantikan dan kesihatan. Ephyra terbukti berkesan. 


Jom dapatkannya sekarang...

Official Websitewww.oceanlife2u.com
Instagram : ephyra2u
Telefon : 03 4141 7889
SMS : 019 3999 238
Emel : info@oceanlife2u.com


Giveaway ini dianjurkan oleh mialiana.com dan ditaja sepenuhnya oleh OceanLife2u.com dengan hadiah berupa wang tunai dan produk Ephyra bernilai RM 2,387.00. Sila klik SINI untuk join Giveaway ini.

Wednesday, November 20, 2013

Bantal Nama Design 3

Assalamualaikum.

Kali ni dapat lagi tempahan untuk bantal set nama. Tempahan dari Shah Alam yang direkomenkan oleh kawannya. Okay terima kasih pada kawan tu ye....hehehe
Dua biji bantal bersaiz 11 inci x 8.5 inci, material kain cotton. Sangat selesa dipeluk dan sesuai dijadikan sebagai hadiah atau perhiasan. Okay sebelum tu nak bagitau yang design diberi oleh customer sendiri.

Bantal pertama. Ariel
Saiz 11 inci x 8.5 inci

Bantal kedua. Dila
Saiz 11 inci x 8.5 inci

Bantal set nama. Ariel & Dila.
Design asal gambar bawah tu. Dia request buat sama macam yang design yang diberi. Harap-harap puas hati ye.....

Okay pada sesiapa yang berminat nak buat tempahan yang sama, boleh whatsapp atau PM di page. Boleh rujuk di sini ------> Tempahan

Jangan lupa like page kami sekali...hehehehe
Lime Like Shop  

Sekian ^_^

Tuesday, November 19, 2013

Bantal Cantik :)

Assalamualaikum..

eheheeee...bukan puji diri sendiri ni. Kali ni dapat tempahan bantal dari Pahang, 2 biji bantal. Cantik sebab apa tau, customer ni yang design sendiri. Macam kontraktor dapat design dari arkitek pulak rasanya...hehehehe

2 biji bantal bersaiz 17 inci x 11 inci, material yang digunakan soft cotton. So, sangat sedap dipeluk-peluk ye...selesa dibawa kemana sahaja.. =)

Bantal pertama. Temanya dalam hati ada taman.
LOVE

Bantal kedua. Selamat Hari Lahir Umar ke-18
Tema bola sepak...dushhh

Okay. Nilah design asal yang diberi oleh customer.
Dia lukis sendiri, harapkan saya lukis, takdela sekemas ni..haha

Ini sahaja untuk kali ni. Untuk segmen 'Jom Follow & Masuk Bloglist' dah tamat ye. Semua peserta dah masuk dalam bloglist saya. Tunggu masa untuk pemberian hadiah je. Terima kasih pada yang menyokong.

Untuk tempahan bantal boleh rujuk di sini -----> Tempahan

Jangan lupa like page kami sekali...Lime Like Shop  

Sekian ^_^

Monday, November 4, 2013

Jom Follow & Masuk Bloglist

Assalamualaikum.



Sempena ketibaan Awal Muharam atau Tahun Baru Islam, dan ketibaan Bulan November, saya ingin membuka ruang untuk blogger-blogger meninggalkan kesan di blog saya...ehehehe
Pada yang berminat bolehlah tinggalkan komen di entri ini Link Blog anda, dan saya akan masukkan blog anda di dalam Bloglist saya!

Walaupun blog ni tak famous amos, tapi apa salahnya nak kongsi blog orang lain dengan orang lain kan. okay, faham tak ayat ni? hehhehehehe

Dan pada yang bertuah, 2 orang blogger akan dipilih secara suka hati untuk menerima hadiah berupa Handmade Pillow~

Dan 2 blog juga akan dipilih secara undi untuk direview. Kalau rajin buat la entri pasal segmen ni sekadar untuk mempromosi.
Tamat bila ada entri baru...hehehe
Senang, cepat, mudah :)

1- Follow blog Angin Sepoi Sepoi
2- Like Page  
3- Tinggalkan link Blog di ruangan komen

Sekian.