Wednesday, October 1, 2014

IG dan FB - Limelikeshop

Assalamualaikum....

Dengan termasuknya kita semua ke dalam bulan Oktober dan Zulhijjah ini, kami dengan rasa hati yang rendah, jujur, penuh keikhlasan kami ingin menjemput para pembaca, yang terbaca dan yang sedang membaca post dan blog ini untuk memfollow instagram dan facebook kami iaitu limelikeshop yang mana akaun instagram dan akaun fesbuk inilah yang mempunyai paling raaaaaamaiii followers dan likers (1.2 juta) hehehehe....tipu

Okay, back to normal.. feel free to follow us on instagram and facebook, its a big honour to us. Thank you very much. Dah sampai ribu ribu nanti bolehlah buat IG review....hohohohoho


Lime Like Shop  

Lime Like Shop  

Lime Like Shop  


Follow @limelikeshop Follow @limelikeshop Follow @limelikeshop Follow @limelikeshop Follow @limelikeshop Follow @limelikeshop Follow @limelikeshop

Tuesday, September 30, 2014

Pencuci Mulut

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, sekarang ni sedang giat mempromosikan produk baru keluaran syarikat Nur Zama (SSM no : AC0008382-H) iaituuuuuu...Nestum Cheese Cake & Mango Float. Produk keluaran Bumiputra diyakini Halal dan lazatt..ehhh, hohoho memang sedap kerana dibuat dengan penuh keikhlasan dan kejujuran ditambah dengan sedikit ilmu membaking...yeahh!

Bagi yang addicted dengan Cheese Cake & pencuci mulut yang sedap lagi menyelerakan boleh la cuba try test Nestum Cheese Cake & Mango Float keluaran kami ni. Bagi yang mempunyai Instagram, silalah follow IG untuk lebih info..

Untuk pembelian : 017-571 6759  (Whatsapp/SMS)
Email : lime_like@yahoo.com

Mango Float

Nestum Cheese Cake


Silalah sudi-sudi follow Follow @limelikeshop Follow @limelikeshop Follow @limelikeshop

Monday, September 29, 2014

Singa & Kambing

Al kisah maka tersebutlah sebuah kisah akan seekor anak singa yang telah terpisah dari kumpulan singa-singa yang lain. Maka anak singa itu pun berjalan-jalanlah ia dengan cemas sehingga ianya sampai ke pinggir hutan yang mana nun di sana terdapatlah sebuah padang rumput yang luas yang didiami oleh sekawan kambing.

Apabila Ketua kambing melihat seekor anak singa yang berzaiz kucing dan dalam kesedihan maka di atas dasar keperibinatangan, bersetujulah Ketua kambing bagi mambenarkan si anak singa untuk menyertai kumpulan kambing-kambing tersebut.

Kumpulan singa-singa yang bakal terpisah..


Maka tinggallah anak singa bersama kumpulan kambing tersebut.

Setelah sekian lama masa berlalu, maka si anak singa telah meningkat remaja dan sudah mulai baligh. Dia telah lupa akan asal-usul dirinya sendiri sehingga hidupnya tak ubah seperti kambing. Makan rumput macam kambing, melompat macam kambing, takut air pun macam kambing sehingga ke tahap kronik, dah mengembek pulak macam kambing.

Mungkin pada ketika inilah saksi-saksi yang melihat anak singa mengembek di dalam kumpulan kambing lalu mencipta pepatah melayu, iaitu : masuk kadang kambing mengembik.. Wallahu’lam.

Tapi satu perkara yang amat mendukacitakan hati anak singa adalah ia selalu ditanduk oleh kambing-kambing yang lain. Nak melawan tak de le daya upaya kerana fikirnya macamanala nak melawan, aku tak ada tanduk macam mereka.

Maka sedihlah hati anak singa dan selalulah dia bercita-cita dan berdoa agar diberi tanduk macam kambing malahan diberi tanduk yang lebih besar lagi agar dapat membalas perbuatan kambing-kambing durjana itu.

Di pendekkan cerita, pada suatu hari yang lain ketika anak singa duduk bersendirian mengenangkan nasibnya yang malang, lalu lah sekumpulan singa di situ. Maka seperti resam kambing, anak singa cuba melarikan diri, tetapi ia telah di kepung dan tak dapat nak lari.

Dipendekkan cerita selepas sessi suai kenal, ketua kumpulan singa telah menerangkan kepada anak singa tentang siapakah dirinya yang sebenar. Sangat susah anak singa nak terima kenyataan tu, tapi akhirnya ia akur juga.

Setelah selesai latihan yang diterima dari ketua singa maka anak singa telah kembali kepada kumpulan kambing. Seperti biasa kambing-kambing itu meneruskan tradisi pembuli mereka iaitu ingin menanduk anak singa. Kali ini anak singa telah bersedia. Ia mengeluarkan kuku yang telah lama tersimpan dan membuka mulut sehingga menampakkan taring yang tajam. Dan... dengan sekali ngauman, semua kambing-kambing telah bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri.

P/S : Ketahuilah bahawa orang Islam di zaman sekarang kebanyakkannya berperangai seperti anak singa dalam cerita di atas, mereka telah lama bergelumang dalam dunia kambing, errr, maksud aku dunia orang kafir.., sehingga mereka lupa akan asal usul lalu dalam dunia ‘kambing’, ‘tidak mandi’ adalah betul, dan ‘tanduk’ adalah senjata yang hebat…

P/S 2 : Tanduk itu diibaratkan seperti senjata Nuklear, Harta, dan Takhta. Yang mana di sisi Allah semua itu ibarat sarang labah-labah yang langsung tidak boleh memberi manfaat dan mudarat. Tapi orang Islam di zaman kini kebanyakkannya telah yakin akan semua itu dan berdoa meminta tanduk agar dapat menentang kambing-kambing yang lain.., sungguh kasihan.


P/S 3 : Padahal mereka orang Islam telah terlupa bahawa, ‘Kuku, taring dan ngauman singa’ yang telah sedia ada dalam diri mereka, adalah perumpaan kepada kekuatan Islam dalam kerja dakwah yang diutamakan di zaman Nabi dan sahabat. Nikmat mana lagi yang kita dustakan?

Kredit kepada : En. Hamka ----> Blog Kereta Mayat

Thursday, September 25, 2014

Jogja, Aku Datang! - Part 1

Assalamualaikum.

Enjin kereta dihidupkan.. Sambil membetulkan kedudukan seat kereta, volume radio dikuatkan..

"....trafik dari Puchong Jaya ke Bandar Sunway mulai perlahan, manakala keadaan trafik dari Equine Park ke Balakong berjalan lancar......"

Kedengaran suara penyampai radio memberikan laporan trafik terkini di jalan raya. Aku memerhatikan jam.

"hmmm, baru pukul 7.30 pagi..."

Aku menekan brek sambil menukar gear ke simbol D.. kereta dipandu perlahan sehingga ke simpang empat di depan.. Simpang kiri diambil, dan kelajuan ditingkatkan....

Sampai di perkarangan pejabat, Aku melihat auntie masih duduk menunggu diluar.. Aku mengambil parkir kereta betul-betul sebelah parkir Proton Waja En. Ali.

"Auntie, opis tak bukak lagi ke..?"
" Ya la Ain, semua orang sekarang sudah datang lambat.." 

Aku mengangguk. Aku pun selalu je datang lambat, harini je kebetulan awal. Riak kecil sedikit sebanyak menguasai aku pagi itu!

"Semalan itu Siti MC... harini pun saya rasa ramai mau MC juga..."

Auntie Sellamah. Dia cleaner di pejabat aku, dah lama dia kerja situ, ada la dalam 15 tahun lebih. Kalau tak silap aku la. Banyak jugak benda yang dia tak puas hati. Dia nak bercerita... aku dengarkan aje..

Tapi kalau nak diikutkan, ramai je tak puas hati dengan management syarikat sekarang.. makin teruk katanya.. Aku bukan apa, kiri kanan orang bercerita, ada yang mengadu, ada yang aku pasang telinga senyap-senyap...hehe... terangguk-angguk aku dengar satu persatu cerita diorang...

Aku pun bukannya orang baru sangat kat sini.. Dah nak masuk 2 tahun aku kerja sini... "eh..kira baru la kan...hehe" cuma aku tak suka membesarkan benda-benda remeh. Naik rimas. baik biarkan je..

"Akak kan......" 

Kak Zira kerani sebelah aku..memulakan topik perbualan...

"Kadang-kadang akak geram jugak, tak boleh la suka-suka hati potong gaji orang..."

"Banyak ke gaji akak kena potong..?" Aku bertanya serius. Lurus.

"Bukan akak..tu ha, depa tu...ada yang sampai beratuih kena potong...." Oohhh..

"Eh..apasal banyak sangat. Kalau setakat datang lambat, saya rasa takde la sampai beratus.." Aku mencelah

"Dah la gaji kena potong, claim depa yang kereta rosak masuk site pun tak bayaq, dok simpan buat pa taktau...." Kak Zira menambah lagi. Habis keluar loghat Kedahnya!

Nampak sedikit ketidakpuasan dari air mukanya.

"Teetttt..." Intercom telefon aku berbunyi. Dari bilik 33!

"hmm...ok...ok...emm ada...ada...ok....ok bos..." 

"Akak dah agak dah, pagi-pagi mesti teett..teettt..." kak Zira mengeluh. Aku tersengih. Memang pun!

Jam menunjukkan tepat 1.00 tengah hari. Aku mencapai beg dan bergegas keluar... Selalunya lunch hour aku makan dekat office je, bawak bekal. Tak pun aku manfaat kan dengan berhibernasi selama 1 jam!

The Mines. Senarai barang yang sudah hampir renyuk di tangan, aku bukak semula. Teliti satu persatu barang yang perlu dibeli. Aku menuju ke Level 1. Giant.

"Susu pekat... Nestum... Cream Cheese..amboi mahalnya!" Aku mengumam sendirian
"Biskut Hup Seng...."
"Chocolate rice...." 
"Ikan bilis... cili padi..."

Aku menuju ke kaunter pembayaran. Risau lebih lama, lebih banyak barang yang dibeli. Al maklumlah, gaji baru masuk... pantang nampak je semua nak dibeli!

"RM42.50 kak.."
"ok.. terima kasih.."

Aku melabuhkan punggung di kerusi. Mengipas-ngipas muka. Berpeluh.

"Makan kat mana tadi..?" Soal Kak Zira.
"ohh... saya pergi The Mines tadi, beli barang sikit...tak makan pun" 

Balasku sambil menyelak-nyelak fail Projek MRT...

"Bila pi Indon..?" sambung Kak Zira lagi.. Mukanya masih menatap PC di hadapan.

"erm...minggu depan. Flight hari Isnin.." Balasku. Fail projek masih diselak-selak. Berlakon sangat!
"Ain pi Indon belah mana...?"
"Jogja!" 
_________________

"ain..aku dah sampai Pudu ni..lagi 30 minit sampai kl sentral.." 

Mesej whatsapp dari Jimah, salah seorang geng aku yang akan ke Jogja nanti..

"ok.. aku tunngu dekat Petron.." Whatsapp dibalas..


bersambung.....

Sunday, August 17, 2014

Burung Murai & Burung Merbah

Pada suatu hari, seekor burung murai telah bertemu dengan seekor burung merbah. Pada ketika itu, Sang Merbah sedang membuat sarangnya. Sambil ketawa, Sang Murai berkata,

“ Hai Sang Merbah! Aku sangat kasihan melihat keadaan kamu ini. Setiap masa kamu terpaksa bermandi peluh. Lihatlah aku ini. Hidup bebas terbang ke sana sini.”

Sang Merbah lalu berkata, “Tak apalah, wahai Sang Murai. Aku membuat sarang ini sebagai langkah berjaga-jaga. Lagipun, tidak lama lagi musim hujan akan tiba.”

Selang beberapa hari, Sang Murai datang lagi ke tempat Sang Merbah. Sang Murai terkejut melihat sebuah sarang yang cantik telah pun siap dibina. Kebetulan pada masa itu hujan turun dengan lebatnya. Sang Murai basah kuyup. Sang Merbah pula selesa berlindung di dalam sarangnya. Lalu Sang Merbah berkata,

“ Wahai Sang Murai, kalau kita ringan tulang, tentulah kita akan mendapat faedahnya. Sebaliknya jika kita berat tulang, diri sendiri yang akan rugi.”

Sang Murai berasa sangat malu, lalu beredar dari situ.

P/S : Pengajaran dalam cerita ini ialah kita tidak boleh memandang rendah kebolehan orang lain.

Kredit kepada : Nuradil ---> Koleksi Cerita Rakyat

Friday, July 25, 2014

27 Ramadhan

Assalamualaikum.

Dah lama jugak rasanya tak menulis keperihalan agama ni. Dan semakin lama semakin malas nampaknya menulis di belog ini. Ada sebarang ubat penawar untuk manusia pemalas ni..? -.-

Alhamdulillah, dah 27 hari kita berpuasa kan. Yang perempuan dikecualikan..kehkeh. Cantik kan aturan Allah, hari ke 27 Ramadhan, jatuh pada hari Jumaat, dan malam tadi yakni Malam Jumaat merupakan salah satu malam-malam ganjil di 10 Ramadhan terakhir, yang mana Allah menjanjikan Lailatul qadar di malam ganjil 10 Ramadhan terakhir.

Punya la Allah nak bagi hint kat kita kan... Nak dengan tak nak je rebut berjuta-juta pahala yang Allah dah sediakan.

Hari yang indah pada bulan yang indah.. tapi bukan Indah Harlina!

Nampak tak penangan Kerana Terpaksa Aku Relakan di situ..? dah ganti pulak dengan Rindu Awak 200%. kann. Tonton-tonton juge, yuk kite beramal... kehkeh, mak teman suke gemar ngajuk ustaz ni ha, trademark ustaz tu katenya...

Seronok kan bila menulis tak ikut skema tajuk yang diberikan? What the fish!! Setakat dua tiga perenggan pasal 27 Ramadhan, pastu kau dah melalut cerita ke lain...ehehehe, kejap-kejap tengah cari point ni  -.-"

Ok sambung...

Menurut Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani, Malaikat akan mengelilingi dunia pada malam Al-Qadar dan mengucapkan salam pada orang-orang beriman yang melakukan ibadat. 3 tanda orang yang mendapat ucapan salam malaikat iaitu bulu roma meremang, mengalir air mata jernih, dan hati berasa tenang sekali.

Bertuahlah siapa yang menjumpai malam yang bersamaam 1000 malam ni.

Trivia fakta (ecewah) : Hari ni, 27 Ramadhan, malam ganjil, malam Jumaat merupakan Jumaat terakhir Ramadhan ini, dan ianya hanya berlaku selepas 35 tahun.

p/s : Sentiasa doakan saudara seIslam kita di Gaza, Palestin serta penumpang-penumpang dan krew-krew MH17 dan MH370. A great test for a great people.

Sekian.



Thursday, July 24, 2014

Horror Story From Shah Alam

Assalamualaikum.

Masa tengah godek-godek blog orang lain, terjumpa pulak satu cerita seram. Best! Sebab best la patut share kan.. hehehe... Kes lama and quite famous among UITM Shah Alam student. Tak tahu nak kredit pada siapa sebab urban legend punya cerita kan. Ramai yang dah tahu kot..


So, here goes the story. Enjoy...


"9 tahun lepas aku dapat sambung belajar di UiTM Shah Alam. Jadi perkara pertama yang perlu difikirkan adalah tempat tinggal sebab aku tidak dapat hostel. Oleh sebab kerajinan & keprihatinan aku dan kawan-kawan, maka dapatlah kami rumah sewa, berdekatan seksyen 2. Berhampiran dengan Wet World [kalau korang tahu la].


Rumah tu banglo 2 tingkat 4 bilik. 3 bilik dekat atas dan 1 bilik dekat bawah. Kami semua berlapan,kiranya 2 orang untuk 1 bilik lah. Aku ringkaskan sajalah, kami masuk rumah tu dengan perasaan berbelah bahagi; gembira, suka, pelik, rimas, takut semua ada.

Pertama,tuan umah hanya kutip rm50 saja sebagai deposit dan sewa pertama hanya bayar bila masuk bulan kedua kami duduk rumah tu. Kiranya bulan pertama percuma lah....[?]Kedua,tuan rumah tak bagi kami bawa barang banyak-banyak sebab nanti penat nak angkat balik, terangnya...Ketiga,pokok ara tepi umah tu sangat besar sampai dahannya boleh masuk tingkap bilik atas.Malam pertama duduk rumah tu kami tidak tidur sebab sibuk punggah dan kemas barang serta layan serta layan dvd korea. Cerita seramnya berlaku semasa hari kedua. Tak payah nak tunggu malam, siang-siang pun kami dah kena kacau. Azmi "dagu" orang pertama kena.

Masa tu baru pukul 10.30 pagi [anggaran aku la], si Azmi ni bangun nak buang air besar. Jadi dia pergilah bilik air di bawah tu tapi ada orang di dalam [sebab pintu tertutup]. Bilik air atas rosak, tuan umah kata nanti dia akan betulkan. Tunggu punya tunggu, tak keluar-keluar orang dalam tandas tu. Jadi Azmi ni memekik la suruh cepat sikit keluar sebab dia tak tahan. Akibat jeritan si Azmi ni, habis satu rumah bangun pergi tengok apa hal. Yang peliknya, kami berlapan semua ada, habis siapa dlm tandas ni? Pintu tandas berkunci siap ada bunyi orang flush jamban lagi. Dalam ramai-ramai ni,Lan seorang saja yg berani sikit [mungkin fasal dia ni keturunan bugis], dia rentap pintu tandas tu sampai terbuka. Tak ada orang tapi daripada kesan yang ada,pintu tu memang dikunci daripada dalam. Akhirnya Azmi tak jadi berak, mungkin sebab takut. 

Malam tu kami kena lagi teruk.


Masa aku nyenyak tidur malam tu tiba-tiba ada orang tarik kedua-dua belah kaki aku sampai aku terjatuh katil. Kepala aku terhentak dulu di lantai! Apa lagi,angin la aku sebab ingat budak-budak nak main-mainkan aku tapi bila bangun tak nampak orang pulak. Yang ada cuma Lan yang tengah membuta dekat katil atas. Aku tak rasa Lan yang buat sebab mesti dia tidur mati. Bila aku keluar bilik, aku dengar budak-budak tengah ketawa. Rupanya diaorang tengah layan DVD dekat hall bawah. Aku pun masuk bilik balik sebab masih bingung tapi baru ak perasan masa aku tengah jengah ke bawah tadi aku perasan Lan ada!! Bukan ke tadi aku nampak dia tengah membuta dalam bilik? Ahh sudah. Dengan perasaan berani-berani takut aku tengok atas katil Lan ada bonjol bawah selimut,kiranya macam ada orang lah. Aku tarik kain selimut tu and guess what? Ada batu nisan yang dah retak dan secara automatik bilik aku diselubungi bau hapak dan hanyir yang menusuk.

Masa ni jangan tanya aku lah apa aku buat sebab kalau benda ni jadi dekat korang pun takkan nak tinggal dalam bilik tu lagi betul tak? Aku rasa kaki aku dah tak jejak tanah sebab lari laju sangat. Aku lari keluar bilik tu dan pergi ke hall sebab nak beritahu kawan-kawan aku tapi yang macam haram jadahnya tak ada seorang pun ada dekat hall. Nak tahu man diorang pergi? Semua dah duduk dekat luar rumah! Rupanya awal-awal lagi diorang dah kena kacau. Yang laknatnya, tak ada seorang pun nak kejutkan aku....taik betul diorang ni.

Lepas diorang tenangkan aku, kami berbincang nak buat apa sebab sekarang sudah pukul 3 pagi. Nak minta tolong tok imam,rumah tok imam pun kami tak tahu. Nak minta tolong jiran, kiri kanan rumah kami cina. Akhirnya Salleh ajak lepak restoran Hakim sampai pagi. Bunyinya macam senang tapi masing-masing semua tak pakai baju dan pakai boxer dengan kain pelekat saja. Mahu tak mahu terpaksalah kami masuk rumah tu balik sebab nak ambil seluar, dompet dan kunci motor.

Oleh sebab bilik Bob dan Naim saja yang ada di bawah, maka kami ambil keputusan nak pinjam baju n seluar mereka. Masing-masing takut nak naik tingkat atas. Dompet pun aku tinggal. Masing-masing berpakat guna duit Naim dahulu. Nasib baik kunci motor kami sangkut dekat dinding [tempat penyangkut]. Masa nak keluar dari rumah tu, Wak perasan ada budak perempuan dekat pintu dapur tengah senyum sambil lambai tangan dekat dia. Aku pun terperasan budak tu juga lepas aku tengok muka Wak bertukar pucat lesi. Senyuman budak tu buat aku rasa macam nak terkincit dalam seluar. Kepala lutut aku menggigil sampailah dekat restoran Hakim!

Lepas sampai restoran Hakim, masing-masing sibuk buka cerita termasuk aku sekali lah. Mula-mula Wak cerita, malam tu lebih kurang pukul 12 lebih,dia sibuk download lagu tiba-tiba ada bunyi macam orang baling batu dekat tingkap bilik dia. Bila dia jengah,dia nampak ada seorang perempuan duduk dekat atas pokok kayu ara sebelah rumah tu, pakai baju putih kekuningan dan koyak-koyak dengan rambut panjang. Yang sadisnya,perempuan hodoh tu boleh senyum dekat dia pulak. Wak ni apa lagi terus tutup tingkap dan keluar pergi bilik dia n terus pergi bilik aku lah kononnya. Malangnya, lagi seekor hantu pulak duduk dekat depan pintu bilik dia tapi kali ni hantu budak. Jadi dia ambil keputusan terjun tingkap bilik dia ke bawah. Akibatnya, kaki dia terkehel. Nasib baik tak patah.

Azmi "dagu" pula cerita dia nampak ada budak perempuan lambai tangan dekat dia [yang ini, aku pun kena juga ok]. Aku pasti budak itu bukan manusia sebab dia tak ada kaki! Sam pula cerita dia nampak hantu tu dekat siling umah! Bila buka saja mata, hantu itu betul-betul "eye to eye" dengan dia. Kiranya semua kena kacau lah ni. Dan aku orang akhir sekali cerita. Aku cakap lah dua-dua kaki aku kena tarik masa tidur sampai kepala aku terhentak dekat lantai. Lepas itu aku cakap lah yang aku nampak diorang tengah layan dvd dekat Hall tapi Azmi tiba-tiba menyampuk "Bila masa pulak kami tengok dvd ?". Rupa-rupanya tiada seorang pun yang tengok dvd pagi tersebut! Jadi, siapa yang aku nampak?! Haru betul.....kaki aku yang dari tadi menggigil makin bertambah kuat gigilnya.

Tengah sibuk berborak,aku terbau sesuatu yang kurang enak. Kawan-kawan aku yang lain pun terbau juga. Rupanya Azmi ni tadi dah terkencing dalam seluar sebab takut sangat. Nasib baik malam tu tak ramai sangat orang dekat Restoran Hakim tu. Malu betul! Aku pulak ternampak Sam pakai selipar sebelah lain. Daripada sibuk-sibuk bercerita seram terus jadi cerita kelakar pulak.

Tengah ketawa, baru kami perasan Salleh dengan Naim tak ada bersama kami. Yang ada cuma kami berenam. Aku, Azmi Dagu, Sam banjar,Wak, Bob dengan Lan. Dalam ramai-ramai tu cuma Bob seorang yang bawa HP, jadi kami cuba telefon Naim tapi tak ada orang angkat. Telefon Salleh pula, sama juga tak ada orang angkat. Kemudian Lan ambil HP Bob tu, dia baca apa entah agaknya lepas tu tahu apa jadi? Dengar suara perempuan menggilai! Gila-gila punya ngilai sampai meremang bulu roma aku. Kami berenam terus terdiam. Akhirnya kami sepakat akan tunggu sampai pagi esok baru balik rumah itu semula dan cari Naim dengan Salleh. Lepas dengar suara perempuan menggilai dalam HP tu, tiada seorang pun yang buka mulut sehinggalah subuh!

Pukul 7.30 pagi baru kami blah dari Hakim. Hati aku masih lagi kuat berdebar-debar. Yang lain-lain aku tahulah. Sampai dekat depan rumah, aku tengok pintu rumah dengan pagar terbuka seluas-luasnya. Kalau pencuri masuk ni, memang dia akan kaya sebab laptop, wallet dengan HP kami semua dibiarkan macam itu saja. Bulu tengkuk aku masih lagi meremang. Tak ada seorang pun berani masuk rumah itu dahulu Aku ingat, ada lah 20-30 minit kami duduk tercangak-cangak dekat depan rumah sebab tak berani masuk. Entah macam mana agaknya HP Bob berbunyi.Hati aku da x sedap. Jangan la kata hantu tu yang telefon masuk umah. Lan angkat. Sebenarnya dalam ramai-ramai, Lan lah yang paling berani tapi kadang-kadang penakut juga lah. Pihak hospital telefon, katanya Naim ada di wad kecemasan hospital Klang. Kemalangan katanya. Pihak hospital kata, ada miss call dari nombor hp Bob, sebab itu dia telefon nombor Bob. Oooo baru aku faham. Yang peliknya Naim kemalangan?

Masing-masing serba salah jadinya. Bingung pun ya juga. Tak tahu sama ada nak melawat Naim di hospital Klang atau cari Salleh yang hilang. Akhirnya kami telefon tuan rumah untuk tengok apa yg patut. Aku dengan Sam pulak pergi hospital Klang tengok keadaan Naim. Kalau memang tenat sangat, aku akan beritahu yang lain suruh datang. Yang lain aku suruh cari Salleh keliling umah, takut-takut dia kena sorok. Kami masing-masing hanya bertawakal. Masa dalam perjalanan ke hospital Klang, aku pun tak tahu Sam pecut sampai berapa tapi hati aku masih lagi kuat mengatakan bahawa perkara ini belum habis lagi.

Sampai hospital,aku terus cari Naim. Sebak sungguh hati aku tengok keadaan Naim yang parah. Kaki dia teruk. Doktor kata kena lenyek dengan kereta atau sesuatu. Kes langgar lari. Naluri aku kuat mengatakan bahawa umur Naim ni tak panjang sebab darah keluar membuak-membuak. Sam tak sanggup tengok, air mata dia berjurai-jurai keluar. Doktor pun cakap Naim ni sudah nyawa-nyawa ikan, tak dapat nak tolong banyak. Aku duduk tepi Naim, dia boleh bercakap lagi tapi sangkut-sangkut. Dia mintak maaf sebab menyusahkan kami. Berulang-ulang kali dia minta maaf tapi aku masih lagi tak dapat tangkap apa yang dia cakap. Akhirnya dia meninggal juga. Aku gagahkan hati aku telefon kawan-kawan yang lain beritahu kematian Naim. Aku tengok Sam terduduk tepi balkoni dengan mata merah sebab nangis banyak sangat. Tak lama lepas itu keluarga Naim datang. Aku tak anggup nak tunggu lagi dan ajak Sam balik Shah Alam.

Sampai dekat rumah, aku tengok ramai gila orang tengah cari Salleh tapi tak jumpa-jumpa. Habis satu rumah digeledah. Akhirnya ada orang tua dekat situ minta tolong dengan seorang ustaz. Aku tak ingat 
apa nama ustaz itu tapi lepas Asar baru kami jumpa Saleeh duduk dekat atas busut belakang rumah. Yang hairannya, sudah 5,6 kali orang cari tapi tak ada pula jumpa dia dekat situ. Tak kisahlah janji dapat jumpa balik Salleh. Kami semua ambil keputusan pindah dari rumah hari itu juga. Kebetulan dekat seksyen 7 [pintu belakang UITM] ada satu rumah untuk disewa, jadi kami pindah situ lah. Barang-barang Naim kami angkut sekali. Terus terang aku cakap, memang aku angin gila tengok muka tuan rumah sebab tak beritahu yang rumah ini "keras".patut lah dia suruh bayar rm50 saja dulu dan tak bagi bawa barang banyak-banyak. Chisss......

Aku demam 3 hari.

Jenazah Naim selamat dikebumikan di Raub,Pahang.

Seminggu lepas Itu,keadaan sudah ok sikit cuma Salleh saja yang sakit-sakit badan. Akhirnya mulut aku tergerak nak tanya Salleh apa yang berlaku sebenarnya sebab sebelum Naim meninggal dia ada cakap dekat aku suruh tanya Salleh satu rahsia. Rupanya masa hari pertama kami masuk rumah tu, Naim dengan Salleh sudah buat hal. Dia cangkul busut dekat belakang rumah tu. Naim pula kuis-kuis dengan kaki dia. Mungkin sebab itu lah kaki dia parah [dalam hati aku lah]. Kemudian Salleh cerita,kn ada malam yg kitorg satu uma kena kacau tu dia dengan Naim pun kena juga. Tapi hantu tu siap kejar diorang sampai dekat jalan. Diorang punya la cuak sampai lari ke tengah jalan. Entah mana datangnya kereta tiba-tiba hentam mereka. Naim tercampak tengah jalan, dia pulak dekat tepi jalan. Datang kereta lain terus lenyek kaki Naim. Lepas tu, Salleh kata dia terus tak sedar apa-apa sampailah kami jumpa dia atas busut tu. Yang peliknya,macam mana dia boleh duduk atas busut sedangkan dia kata dia lari dekat tengah jalan besar? Kenapa Naim seorang yang kena teruk?

Akhirnya aku dapat jawapan sebenar. Tak lama lepas Salleh cerita dengan aku, dia jatuh sakit. Tak tahulah sakit apa tapi 3 bulan kemudian dia meninggal. Keluarga dia sendiri kebingungan sebab doktor pun tak tahu sakit Saalleh. Tapi aku yakin, kes ni ada kaitan dengan busut yang diorang gali tu. Aku dengan geng-geng aku yang lain sempat ziarah arwah Salleh. Paling tak boleh tahan Bob sebab dia roomate dengan Naim. Memang aku tau dia sedih sangat. Yang tak boleh lupa, kami semua menangis masa angkat jenazah Salleh. Rasa sedih sangat masa tu.. 

Aku, Azmi Dagu, Sam banjar,Wak, Bob dan Lan, semua sekali selamat habiskan pengajian di UITM. Buat Naim dan Salleh, kami tetap akan ingat korang sampai bila-bila. Al- fatihah
Ops..Rumah banglo dekat seksyen 2 itu sampai sekarang ada lagi [agaknya]. Tiap kali aku lalu kawasan situ mesti aku rasa sedih sangat. Lagi satu,masa hari terakhir kami di rumah tu, Wak tertinggal hp dia dekat bilik atas. Jadi pada siapa-siapa yang berani, boleh lah ambil hp tu tapi itu pun kalau korang berani la...nokia 3310"


Sekian. Sesiapa ada nak share cerita korang, bagi link ye... ketagih pulak baca cerita2 lagha ni.. :D


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cheeky Quotes