Pages

Monday, September 29, 2014

Singa & Kambing

Al kisah maka tersebutlah sebuah kisah akan seekor anak singa yang telah terpisah dari kumpulan singa-singa yang lain. Maka anak singa itu pun berjalan-jalanlah ia dengan cemas sehingga ianya sampai ke pinggir hutan yang mana nun di sana terdapatlah sebuah padang rumput yang luas yang didiami oleh sekawan kambing.

Apabila Ketua kambing melihat seekor anak singa yang berzaiz kucing dan dalam kesedihan maka di atas dasar keperibinatangan, bersetujulah Ketua kambing bagi mambenarkan si anak singa untuk menyertai kumpulan kambing-kambing tersebut.

Kumpulan singa-singa yang bakal terpisah..


Maka tinggallah anak singa bersama kumpulan kambing tersebut.

Setelah sekian lama masa berlalu, maka si anak singa telah meningkat remaja dan sudah mulai baligh. Dia telah lupa akan asal-usul dirinya sendiri sehingga hidupnya tak ubah seperti kambing. Makan rumput macam kambing, melompat macam kambing, takut air pun macam kambing sehingga ke tahap kronik, dah mengembek pulak macam kambing.

Mungkin pada ketika inilah saksi-saksi yang melihat anak singa mengembek di dalam kumpulan kambing lalu mencipta pepatah melayu, iaitu : masuk kadang kambing mengembik.. Wallahu’lam.

Tapi satu perkara yang amat mendukacitakan hati anak singa adalah ia selalu ditanduk oleh kambing-kambing yang lain. Nak melawan tak de le daya upaya kerana fikirnya macamanala nak melawan, aku tak ada tanduk macam mereka.

Maka sedihlah hati anak singa dan selalulah dia bercita-cita dan berdoa agar diberi tanduk macam kambing malahan diberi tanduk yang lebih besar lagi agar dapat membalas perbuatan kambing-kambing durjana itu.

Di pendekkan cerita, pada suatu hari yang lain ketika anak singa duduk bersendirian mengenangkan nasibnya yang malang, lalu lah sekumpulan singa di situ. Maka seperti resam kambing, anak singa cuba melarikan diri, tetapi ia telah di kepung dan tak dapat nak lari.

Dipendekkan cerita selepas sessi suai kenal, ketua kumpulan singa telah menerangkan kepada anak singa tentang siapakah dirinya yang sebenar. Sangat susah anak singa nak terima kenyataan tu, tapi akhirnya ia akur juga.

Setelah selesai latihan yang diterima dari ketua singa maka anak singa telah kembali kepada kumpulan kambing. Seperti biasa kambing-kambing itu meneruskan tradisi pembuli mereka iaitu ingin menanduk anak singa. Kali ini anak singa telah bersedia. Ia mengeluarkan kuku yang telah lama tersimpan dan membuka mulut sehingga menampakkan taring yang tajam. Dan... dengan sekali ngauman, semua kambing-kambing telah bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri.

P/S : Ketahuilah bahawa orang Islam di zaman sekarang kebanyakkannya berperangai seperti anak singa dalam cerita di atas, mereka telah lama bergelumang dalam dunia kambing, errr, maksud aku dunia orang kafir.., sehingga mereka lupa akan asal usul lalu dalam dunia ‘kambing’, ‘tidak mandi’ adalah betul, dan ‘tanduk’ adalah senjata yang hebat…

P/S 2 : Tanduk itu diibaratkan seperti senjata Nuklear, Harta, dan Takhta. Yang mana di sisi Allah semua itu ibarat sarang labah-labah yang langsung tidak boleh memberi manfaat dan mudarat. Tapi orang Islam di zaman kini kebanyakkannya telah yakin akan semua itu dan berdoa meminta tanduk agar dapat menentang kambing-kambing yang lain.., sungguh kasihan.


P/S 3 : Padahal mereka orang Islam telah terlupa bahawa, ‘Kuku, taring dan ngauman singa’ yang telah sedia ada dalam diri mereka, adalah perumpaan kepada kekuatan Islam dalam kerja dakwah yang diutamakan di zaman Nabi dan sahabat. Nikmat mana lagi yang kita dustakan?

Kredit kepada : En. Hamka ----> Blog Kereta Mayat

No comments:

Post a Comment