Sunday, October 30, 2011

Quotes for Today




"Kebaikan hanya boleh didengar oleh orang yang tuli dan hanya boleh dilihat oleh orang yang buta"

"Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup."

"Agama tanpa ilmu adalah buta. Ilmu tanpa agama adalah lumpuh."

~ Albert Einstein ~


"Kita lahir dengan dua mata di depan wajah kita, kerana kita tidak boleh selalu melihat ke belakang. Tapi pandanglah semua itu ke depan, pandanglah masa depan kita."


Friday, October 28, 2011

Tugas seorang muslim....#1


Melakukan solat berjemaah di masjid bererti telah memakmurkan masjid, mendapat pahala 27 kali ganda dan dicatat sebagai orang yang beriman.....
Solat 5 waktu sehari semalam......Sesungguhnya solat 5 waktu itu menghapuskan dosa bagaikan air membersihkan kotoran.....

Subuh
Zohor
Asar
Maghrib
Isyak

Saat-saat paling dekat seorang hamba dengan Tuhannya adalah ketika dia sedang sujud. Maka banyakkanlah berdoa pada waktu sujud, insya-Allah doa akan dikabulkan olehNya.......


Friday, October 14, 2011

7 golongan manusia yang mendapat naungan di sisi Allah SWT

"Tujuh (macam tanda orang) yang Allah menaungi mereka pada Hari Kiamat, yang pada hari itu tidak ada sesuatupun naungan (yang melindungi) kecuali naungan Allah, iaitu:



1. Imam yang adil

2. Pemuda yang selalu beribadat kepada Allah, lelaki yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu bercucuran air matanya

3. Lelaki yang hatinya tersangkut pada masjid

4. Dua orang manusia yang saling kasih-mengasihi kerana Allah

5. Mereka yang berkumpul kerana Allah dan berpisah kerana-Nya

6. Lelaki yang diajak berbuat serong oleh seorang wanita yang mempunyai kedudukan atau wanita cantik, ia berkata, sesungguhnya aku takut kepada Allah

7. Lelaki yang memberikan suatu sedekah ia menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang telah dibuat tangan kanannya



(HR riwayat Bukhari dan Muslim)

Sunday, September 25, 2011

7 Peringkat kehidupan dalam Islam

Peringkat 1 : Kehidupan di Loh Mahfuz.

Allah mencipta semua roh-roh daripada keturunan Adam dan Hawa yang ditakdirkan untuk datang ke bumi ini. Segala-galanya mengenai alam semesta dan jiwa kita sebelum dan selepas ciptaan didokumenkan dan direkodkan di papan (buku) di Syurga (Loh Mahfuz).

Peringkat 2 : Kehidupan dalam rahim ibu.

Jiwa diturunkan ke bumi ini ke dalam tubuh janin yang dibangunkan di dalam rahim ibu dan janin menjadi hidup. Janin berenang dalam bendalir amnion dalam rahim seperti ikan. Ia tidak bernafas dengan udara. Janin itu pula diberi makan oleh darah melalui plasenta ibu dan dibekalkan kepada tubuh janin melalui tali pusat. Di kalangan wanita hamil tiada haid sehingga bayi itu dilahirkan iaitu selama 9 bulan 10 hari.

Peringkat 3 : Kehidupan di dunia ini.

Pada usia janin antara 36 hingga 40 minggu (dalam kandungan) bayi itu dilahirkan. Bayi bernafas kali pertama dan menangis. Manakala jururawat, rakan-rakan, ibu bapa dan saudara-mara ketawa, gembira dan memuji bayi. Apabila bayi yang sama menjadi tua dan mati, menangis saudara-mara dan kawan-kawan. Islam tidak membenarkan pembunuhan bayi dan pengguguran. Bayi yang baru lahir adalah bersih, yang tidak bersalah, bebas daripada dosa-dosa, berkembang, membangun, belajar dan dibesarkan dalam keluarga muslim atau keluarga yang bukan Islam. Jiwa dalam bayi telah melupakan (perintah-perintah) Allah dan janji (perjanjian) yang diberikan dalam Syurga bahawa Allah adalah Pencipta dan Tuhan semesta alam.

Peringkat 4 : Kematian.

Selepas jiwa diambil daripada badan Allah menyimpan di tempat yang dikenali sebagai Alam Barzakh. Jiwa orang-orang yang baik disimpan di tempat yang baik dan jiwa orang tidak di tempat yang buruk sehingga Kiamat (hari akhirat) tiba, apabila semuanya dimusnahkan kecuali Allah. Maka akan tiba hari Kebangkitan semua Umat Manusia

Peringkat 5 : Kebangkitan pada hari kiamat.

Semua roh-roh akan bangun dari kubur. Roh-roh taat akan pergi ke Syurga selama-lamanya. Roh-roh tidak taat akan pergi ke neraka untuk hukuman. Orang-orang yang mengabaikan atau menolak atau enggan untuk mempercayai Allah dan yang menyembah tuhan-tuhan palsu dan bukannya Allah, Sang Pencipta, di dunia ini, akan pergi ke neraka selama-lamanya di dunia akan datang. Islam tidak percaya dalam Penjelmaan (dilahirkan semula sekali lagi) kepada dunia ini.

Peringkat 6 : Peringkat akhir untuk jiwa derhaka untuk memasuki api neraka.

Peringkat 7 : Peringkat akhir untuk jiwa taat aman untuk masuk syurga dalam bentuk kejadian yang baru dengan bentuk-bentuk yang berbeza.

Allah berfirman bahawa ia adalah mudah bagi-Nya untuk berbuat demikian (Al-Qur'an). Syurga mereka akan bebas dari penyakit, penyakit dan pada setiap masa akan sihat, bersih, aman dan berpuas hati dengan peruntukan-peruntukan, dengan sahabat muda yang cantik dan tidak berlaku penuaan, mereka kekal di dalam buat selama-lamanya. Ini adalah kerana Allah berpuas hati dengan jiwa yang patuh kepada undang-undang Ilahi-Nya dan jiwa juga berpuas hati dengan Allah.


* Sumber
http://www.islamicity.com/articles

Sunday, September 11, 2011

Speechless September

.......Assalamualaikum.......


yezza

~ (",) ~

Wednesday, August 17, 2011

Salam Nuzul Al-Quran

" Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya (Nabi Muhammad) dari Allah dan kitab yang menerangkan (Al-Quran). Dengan kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keredhaan-Nya ke jalan keselamatan, (dan dengan kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang-orang itu dari kegelapan kepada cahaya yang terang benderang dengan izin-Nya dan menunjuki mereka ke jalan yang lurus..."


Surah Al-Maidah......Ayat 15-16


17 Ramadhan 1432

Friday, May 6, 2011

Mulut, mata & telinga

Assalamualaikum pembuka kata...

Kongsikan ilmu dapat pahala....=)




Manusia dilahirkan dengan 2 mata dan 2 telinga, tapi kita hanya diberi 1 mulut. Kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam, mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan. Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin, kurangkan berbicara kosong.....



Tapi dengan pemberian 2 mata dan 2 telinga, kita digalakkan untuk melihat, memerhati dan mendengar sebanyak-banyaknya. Melihat dan mendengarlah kejadian Tuhan dan perkara-perkara yang mendatangkan kebaikan...



Begitulah setiap kejadian Tuhan itu mempunyai makna yang begitu mendalam sehingga manusia tidak sedar bahawa di sebalik kejadian itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk pedoman manusia ................




"Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu."



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...