No one makes a lock without a key....
That's why God won't give you problems without solutions~
VeryBestQuotes.com
Monday, May 21, 2012
Tuesday, March 6, 2012
Kelebihan Ayat Kursi
Assalamualaikum.....
Ayat-ayat Al Quran sememangnya kaya dengan pelbagai manfaat, syafaat serta kebaikan-kebaikan yang tiada tandingannya bagi pembaca dan yang mengamalkannya. Aku terjumpa satu satu post dari facebook mengenai kelebihan ayat kursi nih lantas sepantas kilatnya tergerak hati dan sanubariku untuk mengongsikannya...
1. Baca pada saat keluar rumah, 70000 malaikat akan menjaga kamu dari semua sisi.
2. Baca pada saat masuk ke rumah, kemiskinan tidak akan memasuki rumah kamu.
3. Baca setelah berwuduk, darjat kamu akan dinaikkan sehingga 70 tingkat.
4. Baca sebelum tidur, para malaikat akan menjaga kamu sepanjang malam.
5. Baca selepas solat, maka jarak kamu dan syurga hanyalah kematian.
Marilah sama-sama mengamalkannya, tak semua satu pun jadilah. Sampaikan kepada orang lain, maka ini adalah sedekah jariah.
p/s : oleh kerana aku tak terhafal-hafal lg doa selepas solat, aku baca ayat kursi je dan doa-doa pendek yg sewaktu dengannya..hehee~
p/s lagi : membaca ayat kursi selepas solat amatlah digalakkan~
~sharing is caring~

Thursday, March 1, 2012
Tuesday, January 31, 2012
Tugas seorang muslim....#4
أشهد أن لا إله إلا ألله
وأشهد أن محمدا رسول الله
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah
Syarat sah syahadah itu enam perkara :
1. Hendaklah tertib lafaz-lafaz syahadah itu seperti yang dinyatakan itu.
2. Hendaklah melafazkan kedua-dua kalimah syahadah itu dengan berturut-turut.
3. Hendaklah faham akan makna kedua-duanya.
4. Hendaklah mendustakan sekilan perkara yang menyalahi bagi maksudnya syahadah itu.
5. Hendaklah menggunakan perkataan “أشهد” pada keduanya.
6. Jangan syak pada keduanya
Saturday, January 14, 2012
That's ALLAH
Have you ever been down and out and nobody seems to be around for you to talk to……
THAT’S ALLAH….He wants you to talk to Him.
THAT’S ALLAH….He wants you to talk to Him.
Have you ever been just sitting there and all of sudden you feel like doing nice for someone you care for…..
THAT’S ALLAH….He talks to you.
Have you ever been thinking about somebody that you haven’t seen in a long time and then next thing you know you see them or receive a phone call from them…..
THAT’S ALLAH….there is no such thing as “coincidence”
Have you ever received something wonderful that you didn’t even ask for
THAT’S ALLAH….He knows the desires of your heart.
Have you ever been in a situation and you had no clue how it is going to get better, but now you look back on it….
THAT’S ALLAH….He passes us through tribulation to see a brighter day.
"life's so complicated,but make it simple..solve any problem in your way..just ignore all the voice that disturbing you..BE Y0URSELF.."
~quote credit to syahizatun izyana~
Friday, December 23, 2011
Tugas Seorang Muslim....#3

Membayar zakat tuntutan di dalam Rukun Islam
Zakat adalah bahagian tertentu dari kekayaan yang Allah perintahkan untuk dikeluarkan dan diberikan kepada yang berhak (mustahiq). Disebut pula sedekah seperti dalam firman Allah di surat At-Taubah ayat 60. Yang dimaksudkan sedekah dalam ayat itu adalah zakat wajib, bukan sedekah sunnah. Al-Mawardi berkata, “Sedekah adalah zakat, dan zakat adalah sedekah. Berbeza nama tapi satu makna.”
Allah S.W.T. memperingatkan orang yang menolak membayar zakat dengan berfirman, “Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menafkahkannya pada jalan Allah, maka beritahukanlah kepada mereka (bahawa mereka akan mendapat) siksa yang pedih, pada hari dipanaskan emas perak itu dalam neraka jahanam, lalu dibakar dengannya dahi mereka, lambung, dan punggung mereka, (lalu dikatakan) kepada mereka: ‘Inilah harta bendamu yang kamu simpan untuk dirimu sendiri, maka rasakanlah sekarang (akibat dari) apa yang kamu simpan itu’.”
(At-Taubah: 34-35)
Monday, December 19, 2011
Kunci Dunia
Salam.....
Boleh dikatakan setiap benda di dunia ni ada kuncinya, termasuklah kalau nak masuk rumah, bilik, start enjin keta, bukak loker, dsb...begitu jugak dengan setiap hikmah dan ibadah didunia ni yang diciptakan dan diperintahkan Allah mempunyai maksud tersirat dan tersuratnya yang menunggu masa untuk diselongkar manusia yang diberi akal dan fikiran....
1. Kunci solat adalah Taharah/Kebersihan.
2. Kunci Haji adalah Ihram dan menjauhi perkara yang diharamkan semasa haji.
3. Pintu segala kebaikan adalah bersikap benar dalam semua perkara.
4. Kunci Syuga adalah Bertauhid kepada Allah SWT.
5. Kunci Ilmu adalah bertanya kepada guru secara penuh beradab.
6. Kunci kejayaan adalah Kesabaran.
7. Kunci kemanjuan/Kelebihan adalah bersyukur.
8. Kunci Kekuasaan adalah Berkasih-sayang dan ingat mengingati.
9. Kunci Kejayaan adalah Bertaqwa.
10. Kunci segala kebaikkan adalah Cinta kepada Allah SWT dan Cinta Alam Akhirat.
11. Kunci segala kejahatan adalah Cinta dunia dan panjang angan-angan.
Subscribe to:
Posts (Atom)