Friday, July 25, 2014

27 Ramadhan

Assalamualaikum.

Dah lama jugak rasanya tak menulis keperihalan agama ni. Dan semakin lama semakin malas nampaknya menulis di belog ini. Ada sebarang ubat penawar untuk manusia pemalas ni..? -.-

Alhamdulillah, dah 27 hari kita berpuasa kan. Yang perempuan dikecualikan..kehkeh. Cantik kan aturan Allah, hari ke 27 Ramadhan, jatuh pada hari Jumaat, dan malam tadi yakni Malam Jumaat merupakan salah satu malam-malam ganjil di 10 Ramadhan terakhir, yang mana Allah menjanjikan Lailatul qadar di malam ganjil 10 Ramadhan terakhir.

Punya la Allah nak bagi hint kat kita kan... Nak dengan tak nak je rebut berjuta-juta pahala yang Allah dah sediakan.

Hari yang indah pada bulan yang indah.. tapi bukan Indah Harlina!

Nampak tak penangan Kerana Terpaksa Aku Relakan di situ..? dah ganti pulak dengan Rindu Awak 200%. kann. Tonton-tonton juge, yuk kite beramal... kehkeh, mak teman suke gemar ngajuk ustaz ni ha, trademark ustaz tu katenya...

Seronok kan bila menulis tak ikut skema tajuk yang diberikan? What the fish!! Setakat dua tiga perenggan pasal 27 Ramadhan, pastu kau dah melalut cerita ke lain...ehehehe, kejap-kejap tengah cari point ni  -.-"

Ok sambung...

Menurut Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani, Malaikat akan mengelilingi dunia pada malam Al-Qadar dan mengucapkan salam pada orang-orang beriman yang melakukan ibadat. 3 tanda orang yang mendapat ucapan salam malaikat iaitu bulu roma meremang, mengalir air mata jernih, dan hati berasa tenang sekali.

Bertuahlah siapa yang menjumpai malam yang bersamaam 1000 malam ni.

Trivia fakta (ecewah) : Hari ni, 27 Ramadhan, malam ganjil, malam Jumaat merupakan Jumaat terakhir Ramadhan ini, dan ianya hanya berlaku selepas 35 tahun.

p/s : Sentiasa doakan saudara seIslam kita di Gaza, Palestin serta penumpang-penumpang dan krew-krew MH17 dan MH370. A great test for a great people.

Sekian.



Thursday, July 24, 2014

Horror Story From Shah Alam

Assalamualaikum.

Masa tengah godek-godek blog orang lain, terjumpa pulak satu cerita seram. Best! Sebab best la patut share kan.. hehehe... Kes lama and quite famous among UITM Shah Alam student. Tak tahu nak kredit pada siapa sebab urban legend punya cerita kan. Ramai yang dah tahu kot..


So, here goes the story. Enjoy...


"9 tahun lepas aku dapat sambung belajar di UiTM Shah Alam. Jadi perkara pertama yang perlu difikirkan adalah tempat tinggal sebab aku tidak dapat hostel. Oleh sebab kerajinan & keprihatinan aku dan kawan-kawan, maka dapatlah kami rumah sewa, berdekatan seksyen 2. Berhampiran dengan Wet World [kalau korang tahu la].


Rumah tu banglo 2 tingkat 4 bilik. 3 bilik dekat atas dan 1 bilik dekat bawah. Kami semua berlapan,kiranya 2 orang untuk 1 bilik lah. Aku ringkaskan sajalah, kami masuk rumah tu dengan perasaan berbelah bahagi; gembira, suka, pelik, rimas, takut semua ada.

Pertama,tuan umah hanya kutip rm50 saja sebagai deposit dan sewa pertama hanya bayar bila masuk bulan kedua kami duduk rumah tu. Kiranya bulan pertama percuma lah....[?]Kedua,tuan rumah tak bagi kami bawa barang banyak-banyak sebab nanti penat nak angkat balik, terangnya...Ketiga,pokok ara tepi umah tu sangat besar sampai dahannya boleh masuk tingkap bilik atas.Malam pertama duduk rumah tu kami tidak tidur sebab sibuk punggah dan kemas barang serta layan serta layan dvd korea. Cerita seramnya berlaku semasa hari kedua. Tak payah nak tunggu malam, siang-siang pun kami dah kena kacau. Azmi "dagu" orang pertama kena.

Masa tu baru pukul 10.30 pagi [anggaran aku la], si Azmi ni bangun nak buang air besar. Jadi dia pergilah bilik air di bawah tu tapi ada orang di dalam [sebab pintu tertutup]. Bilik air atas rosak, tuan umah kata nanti dia akan betulkan. Tunggu punya tunggu, tak keluar-keluar orang dalam tandas tu. Jadi Azmi ni memekik la suruh cepat sikit keluar sebab dia tak tahan. Akibat jeritan si Azmi ni, habis satu rumah bangun pergi tengok apa hal. Yang peliknya, kami berlapan semua ada, habis siapa dlm tandas ni? Pintu tandas berkunci siap ada bunyi orang flush jamban lagi. Dalam ramai-ramai ni,Lan seorang saja yg berani sikit [mungkin fasal dia ni keturunan bugis], dia rentap pintu tandas tu sampai terbuka. Tak ada orang tapi daripada kesan yang ada,pintu tu memang dikunci daripada dalam. Akhirnya Azmi tak jadi berak, mungkin sebab takut. 

Malam tu kami kena lagi teruk.


Masa aku nyenyak tidur malam tu tiba-tiba ada orang tarik kedua-dua belah kaki aku sampai aku terjatuh katil. Kepala aku terhentak dulu di lantai! Apa lagi,angin la aku sebab ingat budak-budak nak main-mainkan aku tapi bila bangun tak nampak orang pulak. Yang ada cuma Lan yang tengah membuta dekat katil atas. Aku tak rasa Lan yang buat sebab mesti dia tidur mati. Bila aku keluar bilik, aku dengar budak-budak tengah ketawa. Rupanya diaorang tengah layan DVD dekat hall bawah. Aku pun masuk bilik balik sebab masih bingung tapi baru ak perasan masa aku tengah jengah ke bawah tadi aku perasan Lan ada!! Bukan ke tadi aku nampak dia tengah membuta dalam bilik? Ahh sudah. Dengan perasaan berani-berani takut aku tengok atas katil Lan ada bonjol bawah selimut,kiranya macam ada orang lah. Aku tarik kain selimut tu and guess what? Ada batu nisan yang dah retak dan secara automatik bilik aku diselubungi bau hapak dan hanyir yang menusuk.

Masa ni jangan tanya aku lah apa aku buat sebab kalau benda ni jadi dekat korang pun takkan nak tinggal dalam bilik tu lagi betul tak? Aku rasa kaki aku dah tak jejak tanah sebab lari laju sangat. Aku lari keluar bilik tu dan pergi ke hall sebab nak beritahu kawan-kawan aku tapi yang macam haram jadahnya tak ada seorang pun ada dekat hall. Nak tahu man diorang pergi? Semua dah duduk dekat luar rumah! Rupanya awal-awal lagi diorang dah kena kacau. Yang laknatnya, tak ada seorang pun nak kejutkan aku....taik betul diorang ni.

Lepas diorang tenangkan aku, kami berbincang nak buat apa sebab sekarang sudah pukul 3 pagi. Nak minta tolong tok imam,rumah tok imam pun kami tak tahu. Nak minta tolong jiran, kiri kanan rumah kami cina. Akhirnya Salleh ajak lepak restoran Hakim sampai pagi. Bunyinya macam senang tapi masing-masing semua tak pakai baju dan pakai boxer dengan kain pelekat saja. Mahu tak mahu terpaksalah kami masuk rumah tu balik sebab nak ambil seluar, dompet dan kunci motor.

Oleh sebab bilik Bob dan Naim saja yang ada di bawah, maka kami ambil keputusan nak pinjam baju n seluar mereka. Masing-masing takut nak naik tingkat atas. Dompet pun aku tinggal. Masing-masing berpakat guna duit Naim dahulu. Nasib baik kunci motor kami sangkut dekat dinding [tempat penyangkut]. Masa nak keluar dari rumah tu, Wak perasan ada budak perempuan dekat pintu dapur tengah senyum sambil lambai tangan dekat dia. Aku pun terperasan budak tu juga lepas aku tengok muka Wak bertukar pucat lesi. Senyuman budak tu buat aku rasa macam nak terkincit dalam seluar. Kepala lutut aku menggigil sampailah dekat restoran Hakim!

Lepas sampai restoran Hakim, masing-masing sibuk buka cerita termasuk aku sekali lah. Mula-mula Wak cerita, malam tu lebih kurang pukul 12 lebih,dia sibuk download lagu tiba-tiba ada bunyi macam orang baling batu dekat tingkap bilik dia. Bila dia jengah,dia nampak ada seorang perempuan duduk dekat atas pokok kayu ara sebelah rumah tu, pakai baju putih kekuningan dan koyak-koyak dengan rambut panjang. Yang sadisnya,perempuan hodoh tu boleh senyum dekat dia pulak. Wak ni apa lagi terus tutup tingkap dan keluar pergi bilik dia n terus pergi bilik aku lah kononnya. Malangnya, lagi seekor hantu pulak duduk dekat depan pintu bilik dia tapi kali ni hantu budak. Jadi dia ambil keputusan terjun tingkap bilik dia ke bawah. Akibatnya, kaki dia terkehel. Nasib baik tak patah.

Azmi "dagu" pula cerita dia nampak ada budak perempuan lambai tangan dekat dia [yang ini, aku pun kena juga ok]. Aku pasti budak itu bukan manusia sebab dia tak ada kaki! Sam pula cerita dia nampak hantu tu dekat siling umah! Bila buka saja mata, hantu itu betul-betul "eye to eye" dengan dia. Kiranya semua kena kacau lah ni. Dan aku orang akhir sekali cerita. Aku cakap lah dua-dua kaki aku kena tarik masa tidur sampai kepala aku terhentak dekat lantai. Lepas itu aku cakap lah yang aku nampak diorang tengah layan dvd dekat Hall tapi Azmi tiba-tiba menyampuk "Bila masa pulak kami tengok dvd ?". Rupa-rupanya tiada seorang pun yang tengok dvd pagi tersebut! Jadi, siapa yang aku nampak?! Haru betul.....kaki aku yang dari tadi menggigil makin bertambah kuat gigilnya.

Tengah sibuk berborak,aku terbau sesuatu yang kurang enak. Kawan-kawan aku yang lain pun terbau juga. Rupanya Azmi ni tadi dah terkencing dalam seluar sebab takut sangat. Nasib baik malam tu tak ramai sangat orang dekat Restoran Hakim tu. Malu betul! Aku pulak ternampak Sam pakai selipar sebelah lain. Daripada sibuk-sibuk bercerita seram terus jadi cerita kelakar pulak.

Tengah ketawa, baru kami perasan Salleh dengan Naim tak ada bersama kami. Yang ada cuma kami berenam. Aku, Azmi Dagu, Sam banjar,Wak, Bob dengan Lan. Dalam ramai-ramai tu cuma Bob seorang yang bawa HP, jadi kami cuba telefon Naim tapi tak ada orang angkat. Telefon Salleh pula, sama juga tak ada orang angkat. Kemudian Lan ambil HP Bob tu, dia baca apa entah agaknya lepas tu tahu apa jadi? Dengar suara perempuan menggilai! Gila-gila punya ngilai sampai meremang bulu roma aku. Kami berenam terus terdiam. Akhirnya kami sepakat akan tunggu sampai pagi esok baru balik rumah itu semula dan cari Naim dengan Salleh. Lepas dengar suara perempuan menggilai dalam HP tu, tiada seorang pun yang buka mulut sehinggalah subuh!

Pukul 7.30 pagi baru kami blah dari Hakim. Hati aku masih lagi kuat berdebar-debar. Yang lain-lain aku tahulah. Sampai dekat depan rumah, aku tengok pintu rumah dengan pagar terbuka seluas-luasnya. Kalau pencuri masuk ni, memang dia akan kaya sebab laptop, wallet dengan HP kami semua dibiarkan macam itu saja. Bulu tengkuk aku masih lagi meremang. Tak ada seorang pun berani masuk rumah itu dahulu Aku ingat, ada lah 20-30 minit kami duduk tercangak-cangak dekat depan rumah sebab tak berani masuk. Entah macam mana agaknya HP Bob berbunyi.Hati aku da x sedap. Jangan la kata hantu tu yang telefon masuk umah. Lan angkat. Sebenarnya dalam ramai-ramai, Lan lah yang paling berani tapi kadang-kadang penakut juga lah. Pihak hospital telefon, katanya Naim ada di wad kecemasan hospital Klang. Kemalangan katanya. Pihak hospital kata, ada miss call dari nombor hp Bob, sebab itu dia telefon nombor Bob. Oooo baru aku faham. Yang peliknya Naim kemalangan?

Masing-masing serba salah jadinya. Bingung pun ya juga. Tak tahu sama ada nak melawat Naim di hospital Klang atau cari Salleh yang hilang. Akhirnya kami telefon tuan rumah untuk tengok apa yg patut. Aku dengan Sam pulak pergi hospital Klang tengok keadaan Naim. Kalau memang tenat sangat, aku akan beritahu yang lain suruh datang. Yang lain aku suruh cari Salleh keliling umah, takut-takut dia kena sorok. Kami masing-masing hanya bertawakal. Masa dalam perjalanan ke hospital Klang, aku pun tak tahu Sam pecut sampai berapa tapi hati aku masih lagi kuat mengatakan bahawa perkara ini belum habis lagi.

Sampai hospital,aku terus cari Naim. Sebak sungguh hati aku tengok keadaan Naim yang parah. Kaki dia teruk. Doktor kata kena lenyek dengan kereta atau sesuatu. Kes langgar lari. Naluri aku kuat mengatakan bahawa umur Naim ni tak panjang sebab darah keluar membuak-membuak. Sam tak sanggup tengok, air mata dia berjurai-jurai keluar. Doktor pun cakap Naim ni sudah nyawa-nyawa ikan, tak dapat nak tolong banyak. Aku duduk tepi Naim, dia boleh bercakap lagi tapi sangkut-sangkut. Dia mintak maaf sebab menyusahkan kami. Berulang-ulang kali dia minta maaf tapi aku masih lagi tak dapat tangkap apa yang dia cakap. Akhirnya dia meninggal juga. Aku gagahkan hati aku telefon kawan-kawan yang lain beritahu kematian Naim. Aku tengok Sam terduduk tepi balkoni dengan mata merah sebab nangis banyak sangat. Tak lama lepas itu keluarga Naim datang. Aku tak anggup nak tunggu lagi dan ajak Sam balik Shah Alam.

Sampai dekat rumah, aku tengok ramai gila orang tengah cari Salleh tapi tak jumpa-jumpa. Habis satu rumah digeledah. Akhirnya ada orang tua dekat situ minta tolong dengan seorang ustaz. Aku tak ingat 
apa nama ustaz itu tapi lepas Asar baru kami jumpa Saleeh duduk dekat atas busut belakang rumah. Yang hairannya, sudah 5,6 kali orang cari tapi tak ada pula jumpa dia dekat situ. Tak kisahlah janji dapat jumpa balik Salleh. Kami semua ambil keputusan pindah dari rumah hari itu juga. Kebetulan dekat seksyen 7 [pintu belakang UITM] ada satu rumah untuk disewa, jadi kami pindah situ lah. Barang-barang Naim kami angkut sekali. Terus terang aku cakap, memang aku angin gila tengok muka tuan rumah sebab tak beritahu yang rumah ini "keras".patut lah dia suruh bayar rm50 saja dulu dan tak bagi bawa barang banyak-banyak. Chisss......

Aku demam 3 hari.

Jenazah Naim selamat dikebumikan di Raub,Pahang.

Seminggu lepas Itu,keadaan sudah ok sikit cuma Salleh saja yang sakit-sakit badan. Akhirnya mulut aku tergerak nak tanya Salleh apa yang berlaku sebenarnya sebab sebelum Naim meninggal dia ada cakap dekat aku suruh tanya Salleh satu rahsia. Rupanya masa hari pertama kami masuk rumah tu, Naim dengan Salleh sudah buat hal. Dia cangkul busut dekat belakang rumah tu. Naim pula kuis-kuis dengan kaki dia. Mungkin sebab itu lah kaki dia parah [dalam hati aku lah]. Kemudian Salleh cerita,kn ada malam yg kitorg satu uma kena kacau tu dia dengan Naim pun kena juga. Tapi hantu tu siap kejar diorang sampai dekat jalan. Diorang punya la cuak sampai lari ke tengah jalan. Entah mana datangnya kereta tiba-tiba hentam mereka. Naim tercampak tengah jalan, dia pulak dekat tepi jalan. Datang kereta lain terus lenyek kaki Naim. Lepas tu, Salleh kata dia terus tak sedar apa-apa sampailah kami jumpa dia atas busut tu. Yang peliknya,macam mana dia boleh duduk atas busut sedangkan dia kata dia lari dekat tengah jalan besar? Kenapa Naim seorang yang kena teruk?

Akhirnya aku dapat jawapan sebenar. Tak lama lepas Salleh cerita dengan aku, dia jatuh sakit. Tak tahulah sakit apa tapi 3 bulan kemudian dia meninggal. Keluarga dia sendiri kebingungan sebab doktor pun tak tahu sakit Saalleh. Tapi aku yakin, kes ni ada kaitan dengan busut yang diorang gali tu. Aku dengan geng-geng aku yang lain sempat ziarah arwah Salleh. Paling tak boleh tahan Bob sebab dia roomate dengan Naim. Memang aku tau dia sedih sangat. Yang tak boleh lupa, kami semua menangis masa angkat jenazah Salleh. Rasa sedih sangat masa tu.. 

Aku, Azmi Dagu, Sam banjar,Wak, Bob dan Lan, semua sekali selamat habiskan pengajian di UITM. Buat Naim dan Salleh, kami tetap akan ingat korang sampai bila-bila. Al- fatihah
Ops..Rumah banglo dekat seksyen 2 itu sampai sekarang ada lagi [agaknya]. Tiap kali aku lalu kawasan situ mesti aku rasa sedih sangat. Lagi satu,masa hari terakhir kami di rumah tu, Wak tertinggal hp dia dekat bilik atas. Jadi pada siapa-siapa yang berani, boleh lah ambil hp tu tapi itu pun kalau korang berani la...nokia 3310"


Sekian. Sesiapa ada nak share cerita korang, bagi link ye... ketagih pulak baca cerita2 lagha ni.. :D


Wednesday, June 11, 2014

Beruk Tunggal

Kononnya, ada sebuah istana terletak di tebing sebatang sungai. Rajanya mempunyai tujuh orang puteri. Baginda amat sayang kepada Puteri Bongsu.

Di tebing sebelah istana ada sebuah pondok buruk. Penghuninya seorang perempuan setengah umur. Kerjanya bertani.

Perempuan itu sangat inginkan seorang anak. Pada suatu hari, dia minum air di sebuah tempurung. Selepas itu dia mengandung lalu melahirkan seekor beruk. Ia dinamakan Beruk Tunggal.

Setelah besar, Beruk Tunggal menolong ibunya bertani. Tahun itu padi menjadi tetapi diserang tikus. Beruk Tunggal menangkap semua tikus yang menyerang padinya. Kemudian dia mencari Raja Tikus. Apabila bertemu, Raja Tikus itu diberi amaran. Raja Tikus ketakutan kerana ia tahu Beruk Tunggal jelmaan seorang anak raja kayangan.

“Hamba tidak tahu huma ini kepunyaan tuanku,” kata Raja Tikus.

“Padi aku sudah habis. Apakah tindakan kamu?” Tanya Beruk Tunggal.

“Hamba akan suruh rakyat hamba mengumpulkan butir emas,” kata Raja Tikus.

“Baiklah, aku terima pemberian itu!” kata Beruk Tunggal. Kemudian, segala tikus itu datang membawa butir emas. Banyaklah emas di pondok Beruk Tunggal.

Beruk Tunggal meminta emaknya meminang puteri raja. Emaknya pun pergi ke istana. Raja terkejut mendengar permohonan perempuan itu. Namun raja menyampaikan juga permohonan itu kepada ketujuh-tujuh orang puterinya.

“Kahwin dengan beruk?” Tanya Puteri Sulung. Puteri yang lain turut hairan. Hanya Puteri Bongsu yang bersopan-santun sahaja yang sanggup menjadi isteri Beruk Tunggal.

Raja dan permaisuri kasihan kepada Puteri Bongsu. Baginda meminta hantaran sebentuk cincin berlian. Pada fikiran raja, tentulah perempuan miskin itu tidak berdaya menyediakannya.

Beruk Tunggal memohon kepada ayahandanya, Raja Kayangan. Pada malam itu, ayahanda Beruk Tunggal menghantar secupak cincin berlian. Emak Beruk Tunggal pun mempersembahkan cincin berlian yang secupak itu ke istana.

Dia meminta baginda memilih sebentuk cincin yang sesuai. Raja tidak dapat mengelak. Puteri Bongsu pun dikahwinkan dengan Beruk Tunggal.

Selepas itu baginda tidak mahu mereka tinggal di istana. Puteri Bongsu mengikut Beruk Tunggal tinggal dipondoknya. Pada malam pertama, Puteri Bongsu menemui sarung beruk. Esoknya, Beruk Tunggal tidak bersarung lagi. Dia bertukar menjadi seorang pemuda yang kacak.

“Kekanda sebenarnya putera Raja Kayangan. Bakarlah sarung beruk itu. Taburkan sedikit debunya di luar pondok. Pintalah sesuka hati adinda,” kata putera Raja Kayangan.

Puteri Bongsu mengikut suruhan putera raja itu. Sebentar itu juga pondoknya bertukar menjadi istana, lengkap dengan taman yang indah.

P/S : Jangan mencuri hak orang lain.
P/S 2 : Jangan memandang hina kepada orang miskin.

Kredit kepada : Koleksi Cerita Rakyat

Wednesday, May 21, 2014

Tambah Like FB Page - FREE

Assalamualaikum.

Alhamdulillah... ada sedikit keterujaan nak kongsi sikit dengan online-online seller atau blogger-blogger yang beniat menambah like untuk fanpage atau page facebook korang. Meh sini nak ajar. Memang senang dan yang penting FREE FREE PERCUMA hokay... Eksaited gile sebab page FB mokcik yang suam-suam kuku tu, naik jap jeee.... hehehehe

Selalu dengar yang berbayar kan, tak! Kali ni memang betul-betul free. Ikut je step kat bawah ni. Mesti korang tertanya-tanya kan macam mna... hoho

Kaedah Mudah Tambah Like FB :

1. Klik website -----> YouLikeHits.com

2. Sign Up dulu. Ingat, untuk password korang mesti ada satu huruf besar dan satu nombor contohnya ---> 7Dagang 
Sign Up sini.

Dah siap Sign Up, cek email, diorang hantar Activation Code.
Pastu dah boleh Login, korang masukkan Activation Code tu bila direquest.

Then, akan keluar interface macam gambar kat bawah ni, pilih logo Facebook, pastu klik bahagian gear tu.

Klik dekat anak panah tu.

Copy URL FB Page korang dan paste di ruangan "Add a Page". Macam gambar kat bawah ni, refer kotak Oren. Dan pilih payout nak letak berapa, refer kotak hijau.

Payout ni Point yang korang bagi bila orang klik LIKE untuk page korang. Disarankan letak sikit dulu, kumpul point bebanyak, baru boleh letak banyak. Buat permulaan, saya letak 7 point dulu.

Masukkan URL page dan pilih Payout.

Kalau Point korang dah habis, boleh topup balik dengan cara cepat iaitu pilih mana-mana tab bahagian kiri tu, kan ada macam-macam pilihan. Kalau nak point yang banyak tapi cara leceh sikit, pilihlah tab Facebook, macam gambar di bawah.

Nampak tab sebelah kiri tu. Pilih je mana-mana. Kalau Facebook keluar cenggini la.

Kalau malas nak cari point, tunggu je. 50 POINTS akan diberi percuma setiap hari. Apa yang korang perlu buat ialah korang kena Login setiap hari di YouLikeHits.com dan klik "Claim 50 Free Points Daily".... tu jee. Kalau ada semangat waja nak tambah like tapi takde modal, buat macam ni selalu.

Solosai.

Dah pi Sign Up dekat YouLikeHits.com cepat!


Saturday, April 19, 2014

Si Kecil Ke 13 Yang Cerdik

Terdapat seorang janda miskin yang mempunyai tiga belas orang anak lelaki. Apabila anak-anaknya sudah boleh berdikari, dia memanggil mereka.

“Anak-anakku,” kata janda itu, “Ibu sangat miskin untuk memenuhi semua keperluan kamu. Kamu sudah dewasa dan carilah haluan hidup masing-masing di dunia ini.”

Budak-budak itu faham akan keadaan lalu mengucapkan selamat tinggal kepada ibu mereka untuk pergi mencuba nasib.

Setelah beberapa lama, anak-anak itu tiba di sebuah istana lalu meminta derma. Raja bertitah, “Kamu sangat ramai untuk ditanggung tetapi jika salah seorang daripada kamu berani mempersembahkan bulu milik serigala yang jahat di dalam hutan sana, kamu akan mendapat ganjaran lumayan.”

Adik-beradik itu belum pasti apa yang hendak dilakukan kecuali adik bongsu yang dipanggil ‘Si Kecil Ketiga Belas’ yang berbadan seperti orang kenit tetapi cerdik seperti rubah. Dia menyembah Raja lalu berkata, “Ampun Tuanku, patik akan persembahkan selimut bulu itu kepada Tuanku sekiranya Tuanku kurniakan patik sebatang jarum yang panjangnya enam kaki.”

Dengan membawa jarum itu, Si Kecil Ketiga Belas memulakan perjalanan ke pondok serigala. Apabila serigala keluar, dia menuruni corong dapur lalu bersembunyi di bawah katil serigala.

Pada malam itu apabila serigala tidur, Si Kecil Ketiga Belas merangkak keluar lalu mencucuk serigala dengan jarum yang panjang itu. Ketika serigala berkalih-kalih, dia merentap selimut bulu tersebut lalu berlari sepantas-pantasnya.

Serigala itu mempunyai seekor burung nuri bijak yang boleh memberitahu tentang waktu. Apabila bangun pada keesokan paginya, serigala bertanya, “Pukul berapa wahai burung nuri?”

Burung nuri menjawab, “Pukul lima, dan Si Kecil Ketiga Belas telah mencuri selimut bulu kamu.”

“Siapa Si Kecil Ketiga Belas?”

“Dia seorang budak lelaki berbadan seperti orang kenit tetapi cerdik seperti rubah.”

“Betulkah? Tunggu sehingga saya tangkapnya dan jadikannya makanan!”

Ketika itu Si Kecil Ketiga Belas sudah pulang ke istana dengan membawa selimut bulu itu kepada Raja yang berasa kagum melihatnya.

Raja bertitah, “Si Kecil Ketiga Belas, sekiranya kamu ingin mendapat upah yang lebih banyak, pergi semula ke pondok serigala dan persembahkan bantal serigala yang berjahit loceng-loceng kecil kepada beta.”

“Baiklah, Tuanku,” jawab Si Kecil Ketiga Belas, “Berikan patik sepotong serat rami yang kecil dan benang.”

Setelah permintaan itu dipenuhi, Si Kecil Ketiga Belas kembali semula ke pondok serigala, menuruni cerobong dapur lalu bersembunyi di bawah katil serigala.

Si Kecil Ketiga Belas menunggu sehingga serigala tidur sebelum merangkak keluar. Dia membungkus sebuah demi sebuah loceng di dalam serat rami dan mengikat dengan benang untuk menghalang loceng-loceng itu daripada bergoncang. Kemudian dia melarikan bantal itu.
Pada keesokan paginya, burung nuri itu memberitahu serigala bahawa Si Kecil Ketiga Belas mencuri bantalnya. Serigala berasa sangat marah.

Raja masih tidak berpuas hati lalu bertitah kepada Si Kecil Ketiga Belas, “Kamu adalah raja pencuri dan sudah tentu kamu akan menjadi seorang yang benar-benar kaya sekiranya memenuhi permintaan ketiga dan terakhir beta. Persembah serigala besar yang jahat itu kepada beta. Sekiranya gagal, kamu akan dihukum.”

Si Kecil Ketiga Belas masuk tidur dengan perasaan sedih kerana tidak dapat membayangkan bagaimana hendak melakukan perkara itu. Bagaimanapun apabila terjaga, dia menggosok kedua-dua belah tangannya dengan perasaan gembira lalu berteriak, “Ya! Aku tahu cara mendapatkan makhluk itu sekarang!”

Si Kecil Ketiga Belas mengeluarkan sebuah kereta sorong kecil dari bangsal dan memenuhkan kereta sorong itu dengan papan-papan dan paku-paku. Apabila tiba di pondok serigala, dia menjerit dengan kuat, “Si Kecil Ketiga Belas sudah meninggal! Siapakah yang boleh menolong saya membuat kerandanya?”

Serigala berteriak, “Saya! Sudah tentu saya akan tolong!” Ia keluar dengan segera lalu menolong menyiapkan keranda.

Apabila keranda siap, Si Kecil Ketiga Belas berkata kepada serigala, “Kamu mesti cuba masuk ke dalam keranda ini kerana saiz kamu hampir sama saiznya.”

Serigala tidak mengesyaki apa-apa berbaring di dalam keranda itu. Si Kecil Ketiga Belas menghentak segera lalu memaku penutup keranda itu.

Ketika serigala menghentam dinding keranda dan menjerit dari dalam keranda, Si Kecil Ketiga Belas berkata, “Sekarang saya akan beritahu kamu satu rahsia – Sayalah Si Kecil Ketiga Belas!”

Kemudian Si Kecil Ketiga Belas mengangkat keranda itu ke dalam kereta sorong lalu pulang ke istana. Di istana, orang ramai menyaksikan serigala besar yang keji itu melalui celah-celah papan keranda sebelum membuat unggun api untuk menghapuskan haiwan itu.

Si Kecil Ketiga Belas pun di anugerahi sebuah beg besar berisi syiling-syiling emas. Dia dan abang-abangnya pun kembali ke rumah menemui ibu mereka dan kini mereka tidak miskin lagi.

P/S : Berfikir sebelum bertindak.

P/S 2 : Selamat Hari Lahir Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. Daulat Tuanku!

Kredit kepada : Koleksi Cerita Dongeng

Thursday, March 6, 2014

Bantal Ucapan HB

Assalamualaikum.

Alhamdulillah dan selamat pagi. Kali ni tempahan awal bulan Februari. Ada dua bijik tempahan awal Februari dulu. Satu bantal ucapan 'Happy Birthday' dan satu lagi bantal nama. Saya ada beberapa tips nak bagi pada semua business owner. Bukan apa, tiba-tiba tergerak hati nak kongsi pandangan lepas mengalami situasi yang tidak memuaskan hati..hehehe

Sebagai seorang peniaga anda haruslah / hendaklah :

  1. Sabar dengan permintaan pelanggan. Mungkin ada yang cerewet dan nak mintak diskaun, tapi layan macam biasa je. Jangan naik angin tak tentu pasal. Semua orang ada perasaan, pelanggan dan peniaga. So, sebagai peniaga, kita yang harus mengawal keadaan.
  2. Jawab semua soalan dari pelanggan. Tak semestinya dia nak beli, soalan je lebih, tapi untuk menjaga nama baik perniagaan kita (walaupun meniaga kecil-kecilan), jawab semua soalan secara berhemah.
  3. Jangan paksa pembeli membeli barang kita..hehehe ada ker? Jangan nampak desperate nak suruh orang beli barang kita, menunjukkan barangan dari kita tak berkualiti walaupun sangat berkualiti!
Amboi angkat bakul sendiri nampak?! hahaha, sekarang baru lega!

Happy Birthday Teya
Saiz : L 17 inci x 11 inci
Material : Soft cotton + felt
Tempahan dari UPNM Sungai Besi

Dania
Saiz : M 11 inci x 8.5 inci
Material : Flannel + felt
Tempahan dari Seri Kembangan

Sebarang tempahan bantal boleh rujuk di sini -----> Tempahan
Arghhhh...cepatnya masa berlalu kan, sekejap je dah bulan Mac 2014, makin hari makin tua mokcik ni, bekalan amalan dah cukup ke? :))

"Demi masa. Sesungguhnya semua manusia itu di dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan pesan pada kebaikan, dan berpesan pesan pada kesabaran."

Sekian ^_^


Friday, February 28, 2014

Tempahan Bantal Bulan Januari

Assalamualaikum.

Salam Jumaat, banyakkan berselawat dan baca Al-Fatihah ye. Update tempahan bantal lagi. Alhamdullilah, rezeki tak putus dari Allah. Yang penting kita usaha dan tawakal. Sekarang ni nak update tempahan bulan Januari, ada beberapa bijik je lagi nak menunjuk kat sini.. hahahaha. Tempahan bulan Februari ni saya update bulan Mac nanti, haha aci tak? Kamon la, pemalas tapi ada hati nak berbelog! hehehe, jom cekidaut saki baki tempahan bulan Januari haritu..

Saiz : L 17 inci x 11 inci
Material : Cotton + Felt
Text : Sweet 19 Miera Syera

Saiz : M 11 inci x 8.5 inci
Material : Flannel + Felt
Text : Zulfaizan

Saiz : 10 inci x 10 inci
Material : Cotton + Felt + Fabric paint
Text : TQ Thank You

Siapa lahir 29 Februari? Alamak, ampun takde birthday present tahun ni...
hehehehehehhe

Sekian ^_^


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...