hening malam gelap yang membungkus
desir angin tiada kedengaran
Gemuruh suara memanggil
Membangunkan Rasul dari tidurnya
Jibril berwajah putih bersih
Bersayap bergemerlapan
Dari Mekah ke Sidratul Muntaha
Buraq menawan tujuh petala
Membelah langit
Langit perak bertatahkan bintang
Bergantungan rantai-rantai keemasan
Tiada iblis dan juga syaitan
Dapat mendengarkan rahsianya Tuhan
Tabir akhirat disingkapkan
Membenarkan apa yang diwahyukan
Dosa pahala dijelaskan
Dipamerkan tiap pembalasan
Langit perak bertatahkan bintang
Bergantungan rantai-rantai keemasan
Tiada iblis dan juga syaitan
Dapat mendengarkan rahsianya Tuhan
Dipertemukan dengan Nabi-nabi
Diperlihatkan ragam malaikat
Diperbentangkan hari kebangkitan
Diwajibkan lima waktu sembahyang
Israk mikraj yang amat panjang
Disingkatkan menjadi semalaman
Sukarnya untuk dipercaya
Hanya keimanan yang membenarkannya
Wednesday, May 12, 2010
Wednesday, April 21, 2010
Tuesday, March 23, 2010
Nothing to Say
.......Assalamualaikum......
If you have nothing Good to say,
Then remain silent..
Sometimes your silent means a lot of words...
~ (",) ~
Tuesday, March 2, 2010
sup berkrim brokoli....

bahan bahannya:
1/2 cawan bawang besar, dicincang
2 sudu besar marjerin
2 sudu besar tepung
1/2 sudu kecil garam
1/8 sudu kecil lada
1 cawan susu
2 cawan brokoli, dimasak
kaedah memasak:
1. panaskan kuali dan masukkan marjerin
2. tumis bawang dalam marjerin
3. tambah tepung, garam dan lada
4. kacau dan masak sampai campuran sebati
5. tambah susu, kacau dan masak sampai campuran menebal dan bergelembung
6. kisar brokoli dan tambahkan ke dalam campuran tadi
7. masak dan kacau sehingga sup panas..
8. boleh la nak hidang...........
1/2 cawan bawang besar, dicincang
2 sudu besar marjerin
2 sudu besar tepung
1/2 sudu kecil garam
1/8 sudu kecil lada
1 cawan susu
2 cawan brokoli, dimasak
kaedah memasak:
1. panaskan kuali dan masukkan marjerin
2. tumis bawang dalam marjerin
3. tambah tepung, garam dan lada
4. kacau dan masak sampai campuran sebati
5. tambah susu, kacau dan masak sampai campuran menebal dan bergelembung
6. kisar brokoli dan tambahkan ke dalam campuran tadi
7. masak dan kacau sehingga sup panas..
8. boleh la nak hidang...........
Labels:
resepi sup
Wednesday, December 2, 2009
Alam Semulajadi & Manusia

alihkan matamu ke laut....
airnya cantik membiru dan penuh ketenangan.....
tapi hanya Allah sahaja yang tahu rahsia di dalamnya....
begitulah dengan kehidupan manusia....
riang ketawa tapi hanya Allah yang tahu rahsia terhadapnya.....
jika rasa kecewa, pandanglah ke sungai....
airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang....
jika rasa sedih, pandanglah ke langit....
akan sedar bahawa Allah sentiasa bersama hambaNya....
* penah rasa sangat berat ujian yang Allah beri, rasa perit...tapi kena renung balik dalam diri, mungkin Allah nak manusia ni sedar, ada langkah2 yang tersilap dan perlu betulkan iman senipis kulit bawang nih... *
Alhamdulillah.................
Tuesday, August 4, 2009
Kepentingan Akhlak..........
Assalamualaikum............................
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya seseorang mukmin itu dapat mencapai darjat orang yang berpuasa yang mendirikan sembahyang ditengah malam disebabkan akhlaknya yang mulia".
(Riwayat Abu Daud)
Allah S.W.T. memberi ganjaran yang amat tinggi kepada orang yang berakhlak mulia, setaraf dengan orang yang berpuasa serta mendirikan sembahyang di tengah malam.
Sesungguhnya Kami telah menyucikan mereka dengan (menganugerahkan kepada mereka) akhlak yang tinggi, iaitu selalu mengingatkan (manusia) kepada negeri akhirat..
Sesungguhnya Kami telah menyucikan mereka dengan (menganugerahkan kepada mereka) akhlak yang tinggi, iaitu selalu mengingatkan (manusia) kepada negeri akhirat..
Labels:
akhlak yang mulia,
hadis
Tuesday, July 14, 2009
Fitrah & Kebahagiaan Manusia
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:"Kaum wanita diciptakan dari tulang rusuk dan tak dapat engkau luruskan walau dengan apa cara sekalipun. Jika engkau merasa senang kepadanya bersenang-senanglah, namun dia tetap saja bengkok. Jika engkau berusaha meluruskannya, nescaya dia patah. Mematahkannya bererti menceraikannya."
(Muslim)
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu :1. Wanita yang solehah
2. Rumah yang luas
3. Jiran yang baik
4. Kenderaan yang selesa
(Riwayat Ibnu Hibban)
Labels:
hadis,
kebahagiaan,
wanita
Subscribe to:
Posts (Atom)
