Friday, October 11, 2013

I ♥ U Red vs White Pillow

Assalamualaikum........

Alhamdulillah, lepas siap satu tempahan masuk lagi tempahan...lega sikit, bolehlah siapkan satu persatu, tak terkejar kejar pulak nanti...Tapi syukur, rezeki Allah mengikut pada perancangannya. Pada sesiapa yang berminat nak buat tempahan, boleh buat tempahan mengikut prosedur yang saya dah update kat sini Tempahan. Dah siap bagi penerangan untuk memudahkan proses tempahan...Jangan segan-segan pulak, masuk tempahan je.......hehhhehehee

Sekarang jom tengok apa yang baru siap ni...Bantal I ♥ U dengan nama kat bawah. Dia request nak letak kecik je, hakak pun buat kocik-kocik je la..

Pandangan hadapan. Siap letak harga lagi.. Nak suruh beli la tuu.. :)

Pandangan sisi dan belakang ye. Yang sisi tu nak tunjuk nama je sebenarnya. Yang belakang tu ambik sebab customer nak tengok rupa dari belakang sebelum pos..But dun worry my dear customer, hakak buat yang sebaiknya mengikut permintaan korang.

Ni masa dalam pembinaan~

Sekian

Monday, October 7, 2013

Handmade Keychain - Part 2

Assalamualaikum.

Sekarang baru nak update kat blog untuk handmade keychain part 2...padahal kat page dah lama dah post..heheheh, meh sini tengok tengok ye, siapa siapa yang berkenan bolehlah masuk order ye, tempahan pukal (bulk order) dibuka dengan jumlah minima 20 pcs (boleh dapat harga diskaun). Takpun kalau rajin meh le survey kat kedai FB sekali Lime Like Shop

Keychain 'Key shape'
Harga RM 3.00 /pc

Keychain 'Car shape'
Harga RM 3.00/ pc

Haaaa, macam ni lah gayanya kalau susun banyak banyak...
comel tak kak ton..... :)

Jom siapkan tempahan...next entry boleh tengok updated handmade kraf lagi!!

Jangan lupa like page kami sekali, Lime Like Shop  

Sekian ^_^

Monday, September 30, 2013

Last Giveaway 2013 By Nina Shukri

Assalamualaikum......

Para blogger sekalian dijemput join Giveaway ni ramai ramai kasi meriah sikit.. hehehe hadiah pun menarik menarik... rugi tak join, sekali sekala support komuniti blogger Malaysia wokeh...
Kelassss ayat kau jah!!



Senarai hadiah untuk Giveaway ni (29 hadiah) :

- RM 30 cash x 1 pemenang
- RM 10 cash x 5 pemenang
- Novel x 1 pemenang
- Tudung bawal x 1 pemenang
- Handmade pillow x 3 pemenang
- Sticker Exo-M x 1 pemenang
- Topup RM 5 x 2 pemenang
- Brooch 2 x 4 pemenang
- Header x 2 blog
- Cursor x 3 blog
- Review blog x 5 blog

TAMAT PADA : 15 NOVEMBER 2013

Handmade Keychain - Part 1

Assalamualaikum......

Selamat berhujung minggu semalam dan merehatkan diri di rumah, harini mula aktiviti seperti biasa naa.... Huh, panas betul hari ni, sedap pekena coolblog ke dakemi ke....hehehehe, tak tau amende tu sila google ye.
Harini nak hapdate sikit item baru dari kedai online kami Lime Like Shop merangkap produk baru jugak la kat blog ni yeee... Silalah jamu-jamu mata tengok mana yang berkenan, boleh terus masuk order kannn..hahahaa

Meh sini nak tunjuk, Handmade Keychain. ada banyak jenis, tapi untuk kali ni upload yang dah snap dan siap letak watermark dulu...hehe

Handmade keychain : Smartphone Icon
RM 2.50/pc

Handmade keychain : Colour Blocking Love
RM 3.00/pc

Handmade keychain lagi.. yang sama, set petak petak.

Sesiapa yang berminat boleh masuk order sepantas kilat..hahaha
lagi banyak lagi bagus.....boleh improve skill Kedai Online kami sekali...

p/s : Tempahan secara pukal dibuka sekarang, kuantiti minima untuk tempahan pukal adalah 20 pcs (akan dapat harga diskaun belian pukal) best kannnn...heehehe

Sekian~




Friday, September 6, 2013

Bantal kanak-kanak

Assalamualaikum.....

Bantal kali ni dibuat untuk kanak-kanak... sebab saiznya saiz bantal tido untuk budak-budak...
Material yang digunakan untuk bantal ni adalah kain cotton, saya guna kain soft cotton... selesa sangat buat peluk-peluk.... betullll... nak buat tido pun boleh.
Untuk applique atau corak saya guna kain felt... Isinya kekabu mengikut permintaan...

Meh sini tengok..kakakaka

untuk empunya namanya nurul...
bantal ni lembut sangat sebab guna kain soft cotton..hhee

ada dua bijik...satu untuk nurul, satu untuk mia!
hehhehe

Sekian, nak buat yang sama?
jangan lupa contact tukang jahitnya~


Thursday, September 5, 2013

Bantal Logo Arsenal

Assalamualaikum.....

Set bantal ni dah lama siap sebenarnya... dah selamat sampai ke tangan tuan dia dah pun... kakakaa... mempersembahkan set bantal couple dengan logo Arsenal....
Customer ni request nak buat design depan belakang... so, yang depan simbol LOVE dengan nama... belakang pulak letak logo Arsenal tu..
Jom jom cuci mataa..heheheheehw

Taaraaaa... hahaha design simple je
Nak lebih deco dan design bolehlah jemput jemput datang page kami ye..
Lime Like Shop


Sekian, untuk kali ni
tah bila pulak nak hapdate..
kakaakka :))


Monday, July 22, 2013

PRE RAYA GIVEAWAY BY ADAM FAIZ


Pre Raya GiveAway By Adam Faiz bermula pada hari ini,22 Julai 2013,iaitu tepat  jam 12.00 malam sehingga 12.00 malam,30 Julai 2013.Semua Dijemput join.

Syarat-syaratnya:
  1. Terbuka kepada semua blogger yang bermastautin di Malaysia sahaja
  2. Follow blog Adam Faiz,Add Google+AdamFaiz dan Like fanpage di sidebar
  3. Klik semua simbol-simbol ini sehinggah habis loading : ❤❤❤❤
  4. Wajib follow blog,like fanpage,dan klik iklan para sponsor
  5. Buat entri yang bertajuk "Pre Raya GiveAway By Adam Faiz"
  6. Copy Coding yang disediakan dan paste ke dalam ruangan HTML dan Publish entri
  7. Tinggalkan URL entri anda ke ruangan komen entri ini sahaja
Senarai Sponsor:
  1. TGLSC| Follow blog| like:
  2. LD| Follow blog|like:
  3. STL| Follow blog|Like:
  4. SG|Follow blog| Klik iklan: | Like:
  5. DNT|Like:
  6. NFHBG|Like:
  7. CAM|Like:
Senarai Hadiah:
  1. 1x Dress Tajaan NFHBG
  2. 1x Blouse Tajaan NFHBG
  3. 1x fishtail Dress Tajaan DNT
  4. 1x Tudung tajaan DNT
  5. 10x lipstik jenama MAC tajaan DNT
  6. 3x Kuih Raya tajaan DNT
  7. 1x Shawl tajaan SG
  8. 1x Inner Bunga tajaan SG
  9. 1x Shawl Marya tajaan STL
  10. 1x Shawl Safeeya Tajaan STL
  11. 1x Cotton Tote bag tajaan TGLSC
  12. 1x Cotton Wallet Tajaan TGLSC
  13. 2x Pre inked stamp keychain tajaan LD
  14. 2x Oreo Chocolate tajaan CAM
Pemilihan Pemenang:
  1. Peserta yang mematuhi syarat 1 hingga 7 di atas
  2. Top refferal  bakal memenangi Dress tajaan NFHBG
  3. Random.org
JOM SUPPORT ADAM FAIZ,JOIN GIVEAWAY NI DENGAN KLIK BANNER KAT ATAS



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...