Wednesday, May 22, 2013

Mr ♥ Mrs Pillow

Assalamualaikum........

Sempena cuti sekolah, ramai yang mengambil peluang mengadakan majlis walimatul urus atau kenduri kawen.....
Saya dapat banyak jemputan daripada facebook, al maklumlah, zaman moden sekarang, yang mana jauh jauh pun dapat tahu....
Sekarang kalau ada sesiapa berhajat nak hadiahkan bakal mempelai dengan hadiah berupa bantal, bolehlah tempah yeee.....

Heheehe, jommm tengok koleksi koleksi bantal kamiiii

Atas : Merah + Pink
Bawah : Hijau + Kuning

Atas : Biru muda + Pink
Bawah : Ungu + Kuning cair





Kualiti gambar yang dilampirkan diharap memuaskan.....
hahahahaaaa

Berminat bolehlah masuk order (by email)
Segala permintaan boleh dirunding

♥♥♥ Sekian ♥♥♥





Monday, May 13, 2013

Hadiah Sponsor

Assalamualaikum........

Alhamdulillah, dapat jugak siapkan hadiah sponsor untuk 'Segmen Simple-Simple by Mohd Zuhri'.... Sebenarnya segmen tu dah lama tamat, sekarang ni je baru rajin nak post entri.....
Hahahaha...tak tahu la hadiah dah sampai ke tangan pemenang ke belum, mari mari tengok...... (",)

Ni untuk Asma's Sah

Ni untuk Nur Aribah Izni

Harap harap kome berpuas hati la ye.....
Tahniah kepada 2 orang pemenang ni...
Saiz bantal lebih kurang saiz A4....


Friday, May 3, 2013

Mari Berkongsi Wasiat Nabi Muhammad S.A.W.

ASSALAMUALAIKUM......

Salam Hari Jumaat. Penghulu segala hari. Sempena hari yang indah ini, saya nak kongsikan sedikit ilmu dan pesanan bagi kita sesama manusia...

Baca sampai habis tau, tak rugi pun.....

Wasiat Nabi Muhammad S.A.W.

Sama-sama kita saling berpesan dan sebarkan kepada sesama Muslim semampu anda....

"Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..... Ini adalah surat wasiat dari penjaga makam Nabi Muhammad SAW iaitu Sheikh Ahmad... Maeine (Saudi Arabia). Pada suatu malam ketika membaca Al-Quran dimakam Rasulullah SAW, selepas membaca lalu hamba tertidur, dalam tidur hamba bermimpi didatangi Rasulullah SAW lalu bersabda kepada hamba, dalam 60 000 orang yang meninggal dunia di zaman ini tiada seorang pun yang matinya dalam keadaan beriman.

● Isteri tidak mendengar kata suami.
 ● Orang kaya tidak lagi bertimbang rasa.
● Orang tidak lagi berzakat dan tidak membuat kebajikan.

Oleh itu wahai Sheikh Ahmad, hendaklah kamu menyedarkan kepada orang Islam ini supaya membuat kebajikan, kerana hari penghabisan (Qiamat) akan tiba di mana bintang akan terbit dari langit, sesudah itu matahari akan turun di atas kepala. 

Pesanan Hamba Ini

● Berselawat - untuk junjungan Nabi kita Muhammad SAW.
● Bertaubatlah - dengan segera sementara Pintu Taubat masih terbuka.
● Solat jangan ditinggalkan - solat perkara pertama yang akan dihisab.
● Berzakat - jangan ditinggalkan.
● Menunaikan Fardhu haji - bila berkemampuan.
● Jangan menderhaka kepada kedua ibubapa.


~ Semoga Kita Semua Tergolong Dalam Kalangan Orang-Orang Beriman Di Sisi Allah ~




Tuesday, April 30, 2013

Segmen Topup 24 Jam Fizgraphic



Assalamualaikum w.b.t

Segmen ini akan berlangsung selama 24 jam sahaja mulai pada jam ini. 
So besok pada pukul 12 Tengahari bertarikh 1 Mei 2013 akan TAMAT.
Segmen ini ditaja oleh Fizgraphic, EmasPutih, CikLyeen, Hakimie, Cimie, Alia dan Amirul.

Syarat-syaratnya : 

Buat entry bertajuk :
Segmen Topup 24 Jam Fizgraphic


Follow blog tersebut :

Like Fan Page

Follow Google +


Follow Twitter




WAJIB Copy paste coding entry yang diberikan dibawah ini dan paste kan ke ruanganhtml post. *kalau x faham sila ikut step dibawah*




SIAP? Tinggalkan link entry di ruangan komen di bawah.

HADIAH : 
Top Referal
RM10 x 4

Random
RM5 x 8

SELAMAT MENJOINKAN DIRI!


Monday, April 29, 2013

New Item - Tissue Holder

Assalamualaikum.....

Sekarang ni kami ada mengeluarkan item baru iaitu tissue holder atau lebih senang nak sebut bekas tisu la. Bekas tisu yang disediakan buat masa sekarang ialah untuk tisu yang bersaiz kecik. Design yang dibuat ni simple je, dan senang untuk letak dekat mana-mana pun. Nak bawak berjalan pun senang.

Haaa...ada tiga pandangan.
Gambar-gambar ni disusun menggunakan Photo Grid


Ok, yang ni pulak untuk pandangan depan dan belakang.

Untuk padanan warna yang digunakan untuk corak dan background ialah :
1. Kelabu dan Maroon
2. Khaki dan Merah
3. Coklat Gelap dan Pink

Padanan warna ni ikut kesesuaian, kalau tak kena nanti nampak tak cantik pulak kan? heheheheh.
Kalau berminat bolehlah tempah.

sekian, tadaaa

Friday, April 26, 2013

Saya Nak Masuk Dalam Bloglist Fuh.My

Assalamualaikum....

Salam Hari Jumaat. Tujuan diadakan Segmen ini adalah untuk mencari blogger-blogger baru atau lama mengembangkan trafik blog mereka.
50 blog yang bertuah akan dimasukkan sebagai Bloglist Fuh.My selama sebulan! Fuh..hebat! Syarat penyertaan mudah dan ringkas sahaja. Sesiapa yang belum join lagi, cepat! Mungkin anda yang terpilih.

Tarikh tamat adalah pada 30 April 2013.
Terbuka kepada semua blogger.

Banner segmen. Jangan lupa tampal sekali!


Kenapa Mesti Masuk Dalam Bloglist Fuh.My ?

● Purata pageview harian blog Fuh.My 50,000 sehari! 
● Google Page Rank 3
● Backlink berkualiti dari Fuh.My
● Dapat promosi blog kita kepada blogger-blogger lain
● Top referrer akan mendapat cash/topup RM30


~ SEKIAN, SELAMAT MENCUBA ~


Monday, April 22, 2013

Segmen Follow April Hingga Disember 2013

Assalamualaikum.....

Amacam tajuk dia? Bestkan...Untuk sesiapa yang nak tambah follower, boleh la join Segmen yang panjang ni...Syarat nak join pun senang je...

Banner segmen dari penganjur Cik Akak....

Segmen ni bermula pada 2 April 2013 dan tamat pada 31 Disember 2013..
Huh, panjang tu..Sesiapa yang tak sempat join sekarang, ada banyak masa lagi..
Jangan lupa join sekali, boleh tambah follower, ada hadiah lagi.

Selamat Mencuba

(",)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...