Membayar zakat tuntutan di dalam Rukun Islam
Zakat adalah bahagian tertentu dari kekayaan yang Allah perintahkan untuk dikeluarkan dan diberikan kepada yang berhak (mustahiq). Disebut pula sedekah seperti dalam firman Allah di surat At-Taubah ayat 60. Yang dimaksudkan sedekah dalam ayat itu adalah zakat wajib, bukan sedekah sunnah. Al-Mawardi berkata, “Sedekah adalah zakat, dan zakat adalah sedekah. Berbeza nama tapi satu makna.”
Allah S.W.T. memperingatkan orang yang menolak membayar zakat dengan berfirman, “Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menafkahkannya pada jalan Allah, maka beritahukanlah kepada mereka (bahawa mereka akan mendapat) siksa yang pedih, pada hari dipanaskan emas perak itu dalam neraka jahanam, lalu dibakar dengannya dahi mereka, lambung, dan punggung mereka, (lalu dikatakan) kepada mereka: ‘Inilah harta bendamu yang kamu simpan untuk dirimu sendiri, maka rasakanlah sekarang (akibat dari) apa yang kamu simpan itu’.”
(At-Taubah: 34-35)
No comments:
Post a Comment