Friday, December 23, 2011

Tugas Seorang Muslim....#3




Membayar zakat tuntutan di dalam Rukun Islam

Zakat adalah bahagian tertentu dari kekayaan yang Allah perintahkan untuk dikeluarkan dan diberikan kepada yang berhak (mustahiq). Disebut pula sedekah seperti dalam firman Allah di surat At-Taubah ayat 60. Yang dimaksudkan sedekah dalam ayat itu adalah zakat wajib, bukan sedekah sunnah. Al-Mawardi berkata, “Sedekah adalah zakat, dan zakat adalah sedekah. Berbeza nama tapi satu makna.”


Allah S.W.T. memperingatkan orang yang menolak membayar zakat dengan berfirman, “Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menafkahkannya pada jalan Allah, maka beritahukanlah kepada mereka (bahawa mereka akan mendapat) siksa yang pedih, pada hari dipanaskan emas perak itu dalam neraka jahanam, lalu dibakar dengannya dahi mereka, lambung, dan punggung mereka, (lalu dikatakan) kepada mereka: ‘Inilah harta bendamu yang kamu simpan untuk dirimu sendiri, maka rasakanlah sekarang (akibat dari) apa yang kamu simpan itu’.”

(At-Taubah: 34-35)

Monday, December 19, 2011

Kunci Dunia

Salam.....

Boleh dikatakan setiap benda di dunia ni ada kuncinya, termasuklah kalau nak masuk rumah, bilik, start enjin keta, bukak loker, dsb...begitu jugak dengan setiap hikmah dan ibadah didunia ni yang diciptakan dan diperintahkan Allah mempunyai maksud tersirat dan tersuratnya yang menunggu masa untuk diselongkar manusia yang diberi akal dan fikiran....

1. Kunci solat adalah Taharah/Kebersihan.

2. Kunci Haji adalah Ihram dan menjauhi perkara yang diharamkan semasa haji.

3. Pintu segala kebaikan adalah bersikap benar dalam semua perkara.

4. Kunci Syuga adalah Bertauhid kepada Allah SWT.

5. Kunci Ilmu adalah bertanya kepada guru secara penuh beradab.

6. Kunci kejayaan adalah Kesabaran.

7. Kunci kemanjuan/Kelebihan adalah bersyukur.

8. Kunci Kekuasaan adalah Berkasih-sayang dan ingat mengingati.

9. Kunci Kejayaan adalah Bertaqwa.

10. Kunci segala kebaikkan adalah Cinta kepada Allah SWT dan Cinta Alam Akhirat.

11. Kunci segala kejahatan adalah Cinta dunia dan panjang angan-angan.

Thursday, December 15, 2011

Haiwan juga makhluk Allah......=)


Bismillahhirrahmanirrahim.....

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.....


1. Seorang pelacur memberi minum kepada seekor anjing yang kehausan, maka diampuni segala dosanya oleh Allah kerana kasih sayangnya kepada sesama makhluk.

2. Diharamkan bagi manusia membakar haiwan, apalagi membakar manusia kerana yang berhak membakar makhluk hanyalah penciptanya, Allah S.W.T.

3. Menyiksa binatang dengan sewenang-wenangnya bererti sama sahaja dengan memperkecilkan penciptanya iaitu Allah S.W.T.


* Sumber : Buku-buku terbitan Al-Hidayah *

Thursday, November 24, 2011

Tugas seorang muslim....#2


Berpuasa di bulan Ramadhan.....


Sabda Nabi Muhammad s.a.w. : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :

    • Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
    • Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
    • Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
    • Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
    • Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui Tuhan di akhirat.(Al-Hadith)



Tuesday, November 8, 2011

~Sabar~

Terdapat 3 jenis kesabaran iaitu

~ sabar dalam membuat kebaikan


~ sabar dalam mengerjakan ibadah


~ sabar untuk meninggalkan perkara jahat


Dalam kita melangkah terkadang diuji dengan ujian yang terasa beratnya hingga kita terduduk & menangis,peritnya terasa tapi ketahuilah & renungilah kembali ke dalam diri kerana mungkin air mata tika itu hadir kerana Dia mahu kita menjahit kembali sejadah iman yang kian terkoyak lantaran ada langkah2 yang tersasar dari keikhlasan...(",)


Wednesday, November 2, 2011

11 jenis manusia didoa Malaikat


Assalamualaikum..........................=)

PERCAYA kepada Malaikat adalah antara rukun iman. Ada Malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan Malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar...


1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'Amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

10. Orang yang sedang makan sahur.

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.



Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. WAllahu'alam...Semoga kita termasuk dan tersenarai sama........InsyaAllah..............


Sunday, October 30, 2011

Quotes for Today




"Kebaikan hanya boleh didengar oleh orang yang tuli dan hanya boleh dilihat oleh orang yang buta"

"Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup."

"Agama tanpa ilmu adalah buta. Ilmu tanpa agama adalah lumpuh."

~ Albert Einstein ~


"Kita lahir dengan dua mata di depan wajah kita, kerana kita tidak boleh selalu melihat ke belakang. Tapi pandanglah semua itu ke depan, pandanglah masa depan kita."


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...