Thursday, March 7, 2013

Hidup ibarat keyboard

Assalamualaikum.......

Pepatah hidup sang ombak, hidup ini umpama layang-layang....
Pepatah hidup dari sang angin, hidup ini umpama keyboard...pepatah haruslah selari dengan arus kemodenan dunia....hahhahaktui

Tapi permainan layang-layang masih relevan di zaman kita sekarang kerana permainan ni masih lagi dimainkan dan dikekalkan ciri-ciri keaslian layang-layang tersebut oleh sang pencinta permainan tradisional. Sekurang-kurangnya, bila sesi pembelajaran sedang berlangsung di sekolah-sekolah rendah seluruh Malaysia ni, taklah jakun sangat budak-budak tu nanti....

Tersebutlah kisah di SK Angin Sepoi.......

   Cikgu : siapa boleh terangkan maksud "hidup ini umpama layang-layang"
   Izzah : saya cikgu..... maksudnya hidup kita dipenuhi dengan onak dan duri, kadang-kadang di atas, kadang-kadang di bawah...
   Cikgu : wau, bagus macam skrip drama pulak...
   Maria : tapi cikgu, saya nak tukar boleh
   Cikgu : tukar macam mana pulaknya?
   Maria : "hidup ini umpama keyboard"
   Cikgu : uish..kenapa pulak
   Maria : boleh enter, boleh delete, boleh backspace, kadang-kadang boleh escape dan yang paling penting boleh hentam2 je...hehe
   Cikgu : woo, khelasss kau Maria!

The end~cerita merapu meraban


p/s : ceritera rekaan semata-mata tiada kaitan dengan sesiapa pun

p/s lagik : hidup umpama kipas pun boleh, janji iman tak goyang kala ditiup bisikan halus

~with sharing, we caring~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...