Tuesday, October 29, 2013

MR Right & MRS Always Right

Assalamualaikum.

Alhamdulillah dapat siapkan tempahan bantal lagi. Kali ni tempahan diberi contoh gambar dan dia mintak bantal yang sama sebijik.. heheehe, tempahan dari Johor lagi. Sesiapa yang berkenan bolehlah tengok-tengok album kami di Lime Like Shop. Ada banyak pilihan. Nak design sendiri pun bolehhhhh~

MR moustache & MRS lips

Gambar dari depan dan belakang. Ada tulis nama. Mr Faiz & Mrs Huda

Harap-harap tuan empunya bantal berpuas hati ^_^

Masuk bulan November ni dah 5 bulan kami beroperasi. Baru hingusan lagi dalam bidang perniagaan kecil-kecilan ni. Bagi sesiapa yang ada cadangan, kritikan membina, komen, tips-tips berniaga, amat dialu-alukan.

Kemahiran sentiasa perlu diasah ^_^

Jangan lupa like page kami sekali...Lime Like Shop  

Sekian.

Sunday, October 27, 2013

Emoticons Pillow SMILE :)

Assalamualaikum.

Ada macam-macam cara kita nak motivasikan diri, menolong orang atau ubah mood seseorang. Ecewah intro... Hahaha, dengan adanya bantal emoticons ni bolehlah kita jadikannya sebagai sebahagian daripada cara -cara tu kalau dah kekeringan idea.

Amacam terkesan tak untuk gunakan kaedah ni? Jom tengok contoh dan design simple untuk bantal emoticons.

Ini untuk senyum. Nak senyum kambing sorang-sorang pun boleh..hehehe, senyum kan sedekah. SMILE :)

SMILE :)
I ♥ SOLAT

Kalau berminat dan mempunyai design sendiri, bolehlah tempah...heheheh
Have a nice day everybody. ^_^

Sekian.

Thursday, October 24, 2013

Bantal HBTY

Assalamualaikum.

Harini sempat pos bantal ke Johor sebelum masuk kerja tadi. Customer ni request nak bantal untuk dijadikan hadiah buat anak buah dia. Dah siap bagi contoh lagi. Macam ni memang senang nak menjahit sebab dah bagi contoh, ikut je. Alhamdulillah dia tak cerewet dan puas hati dengan hasilnya. Lagipun dia nak cepat, dalam seminggu je dah siap proses okay...hehehe

Inilah bantalnya. Untuk Darin. Minggu ni majlisnya, dapatlah hadiah ni seketul..hehe =)

Happy Birthday To You DARIN

Inilah contoh yang diberi. Warna dah sama, cuma tak tempek snoopy je. Sesiapa yang berminat dan ada contoh yang berkenan di hati bolehlah buat macam customer ni.. Sangat dialu alukan.

Sekian.

Tuesday, October 22, 2013

Keychain Order - Sabah

Assalamualaikum.

Dalam minggu lepas dapat tempahan keyhain dari Sabah, akhirnya siap jugak dan bolehlah tayang gambar kat sini..hahaha. Tempahan 3 pcs keychain, 2 keychain logo blogger, dan 1 keychain kereta. Jom tengok, mana tahu ada yang berkenan, masuk la order...hehehe. Nak masuk bulk order minima 20 pcs ye dan boleh dapat harga diskaun... 

2 keychain blogger
1 keychain kereta

hahah, saje je kan letak banyak-banyak gambar. Taktik nak promosi produk, al-maklumlah berniaga kecil-kecilan je =)

Hasil dari Lime Like Shop & Angin Sepoi Sepoi


Ini sahaja untuk kali ni....jojojommmm, siapkan senarai tempahan bantal yang sedang menunggu. Sesiapa nak masuk order boleh baca di sini -------> Tempahan

Sekian.

Tuesday, October 15, 2013

Bantal Nama 2 Tona

Assalamualaikum.

Sebelum Hari Raya Aidiladha sempat siapkan tempahan 2 bijik bantal ni. Untuk hadiahkan buat anak buah kat kampung, jadi dia nak sebelum raya ni. Warna yang dipilih cantek sangat macam tudung pulak bertona-tona nih.

Shahzad & Shariff
Material guna soft cotton, sangat sesuai untuk budak-budak.

Selesa dipelukkk!!!
Harap empunya bantal ni berpuas hati.

Merah & Biru
 Sesiapa yang berkenan bolehlah masuk tempahan. Boleh request warna dan corak sendiri. =)

Jangan lupa like page kami sekali...Lime Like Shop  

Sekian.

Friday, October 11, 2013

I ♥ U Red vs White Pillow

Assalamualaikum........

Alhamdulillah, lepas siap satu tempahan masuk lagi tempahan...lega sikit, bolehlah siapkan satu persatu, tak terkejar kejar pulak nanti...Tapi syukur, rezeki Allah mengikut pada perancangannya. Pada sesiapa yang berminat nak buat tempahan, boleh buat tempahan mengikut prosedur yang saya dah update kat sini Tempahan. Dah siap bagi penerangan untuk memudahkan proses tempahan...Jangan segan-segan pulak, masuk tempahan je.......hehhhehehee

Sekarang jom tengok apa yang baru siap ni...Bantal I ♥ U dengan nama kat bawah. Dia request nak letak kecik je, hakak pun buat kocik-kocik je la..

Pandangan hadapan. Siap letak harga lagi.. Nak suruh beli la tuu.. :)

Pandangan sisi dan belakang ye. Yang sisi tu nak tunjuk nama je sebenarnya. Yang belakang tu ambik sebab customer nak tengok rupa dari belakang sebelum pos..But dun worry my dear customer, hakak buat yang sebaiknya mengikut permintaan korang.

Ni masa dalam pembinaan~

Sekian

Monday, October 7, 2013

Handmade Keychain - Part 2

Assalamualaikum.

Sekarang baru nak update kat blog untuk handmade keychain part 2...padahal kat page dah lama dah post..heheheh, meh sini tengok tengok ye, siapa siapa yang berkenan bolehlah masuk order ye, tempahan pukal (bulk order) dibuka dengan jumlah minima 20 pcs (boleh dapat harga diskaun). Takpun kalau rajin meh le survey kat kedai FB sekali Lime Like Shop

Keychain 'Key shape'
Harga RM 3.00 /pc

Keychain 'Car shape'
Harga RM 3.00/ pc

Haaaa, macam ni lah gayanya kalau susun banyak banyak...
comel tak kak ton..... :)

Jom siapkan tempahan...next entry boleh tengok updated handmade kraf lagi!!

Jangan lupa like page kami sekali, Lime Like Shop  

Sekian ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cheeky Quotes