Thursday, December 19, 2013

Bantal Satin

Assalamualaikum.

Tempahan dari Sarawak Bumi Kenyalang. Dah dekat sebulan pos, baru nak update kat sini....hehehehe jom tengok tempahan set couple ni. Material satin ye, first time dapat request untuk bantal satin ni. Hahaha, cantik jugak bantal daripada satin ni, nampak exclusive. Sebenarnya nak eja dalam bahasa Melayu, tapi tak reti...kahkahkah -.-"

Set bantal MR & MRS
Saiz : 12 inci x 12 inci
Material : Satin + Felt (huruf & applique)

Pandangan Depan & Belakang
Harga dengan nama : RM 58
Harga tanpa nama : RM 56

Yang berminat nak buat tempahan boleh rujuk kat sini ----> Tempahan

Sekian. ^_^

Tuesday, December 17, 2013

Blog Review GA Nina Shukri

Assalamualaikum.

Baik, harini nak review dua blog yang menang dari Last Giveaway by Nina Shukri yang berlangsung pada 30 September 2013 hingga 30 November 2013.

1) Anis Nabilah

Tema blog Anis Nabilah ni "Cloud In Candy"... Warna-warna yang digunakan pun lembut dan menyenangkan. Pada pandangan saya blog ni simple dan ringan. Cuma tulisan yang digunakan kecik sikit, pada yang rabun-rabun ayam tu, pandai-pandailah adjust zoom PC korang...hehehe, sebab dalam berblog ni, yang paling penting ialah tulisan. Jangan marah ye dik non.... ^_^

Entri dan intipati dalam blog ni kebanyakannya mengenai Giveaway dan Segmen yang disertai Anis. Rajin si Anis ni join GA dan segmen yang dianjurkan. Baguslah, sentiasa menyokong blogger yang menganjurkan Giveaway dan segmen. Kalau yang rajin menyertai GA rajin-rajinlah terjah dan follow blog Anis sekali. Haaaa, kan senang, ada je GA baru dah boleh join terus.

Alang-alang korang terjah blog dia nanti, jangan lupa tinggalkan link blog korang sekali. Bolehlah sama-sama berblogwalking sampai kaki melecet...ehehehe
Tinggalkan link blog korang kat sini ----> Exchange Link Anis


2) Blog Cik Chubby

Tuan empunya blog ni ialah Hawa Syazana Lee. Mula berblogging pada tahun 2011, kira dah 3 tahun dalam dunia blogging ni. Blog ni sangat menyenangkan dari segi tema dan susun atur dalaman...hehe, selain ringan dan tulisan pun jelas. Sedap nak membaca!

Intipati dan entri yang ditulis dalam blog ni banyak mengenai review, personal, bertukar pendapat, resepi, info semasa, dan macam-macam lagi. Seronok membaca info-info menarik dalam blog ni. Blog Cik Chubby juga menyediakan tutorial untuk newbie dan blogger-blogger otai nak guna pun boleh. haha, lain orang lain la caranya. Nak tengok tutorial kat sini ----> Tutorial Cik Chubby

Jangan lupa terjah blog Cik Chubby ye, banyak info menarik. Selain tu korang boleh tempahan untuk buat blog baru atau edit blog korang. Ruangan sewa iklan pun disediakan. Bestkan!!

p/s : Jangan lupa terjah dan follow kedua-dua blog menarik ni.... Anis Nabilah & Blog Cik Chubby

Sekian... ^_^

Monday, December 9, 2013

Tempahan Single ---> 3 Design

Assalamualaikum.

Lama jugak tak update kat blog. Kali ni ada tiga bijik sekali saya masukkan dalam entri kali ni ye. Senang kerja....hehehehe Sebelum ni memanjang je sibuk tu yang tak berupdate sangat. Kalau nak tengok perkembangan yang lebih cepat, boleh tengok page kami Lime Like Shop ye...

Bantal 1 : FADZIL
Tempahan dari Jalan Hang Jebat, KL
Saiz : 12 inci x 12 inci 
Material : Soft cotton + Felt (applique)

Bantal 2 : Happy Graduation Salma
Tempahan dari Shah Alam
Saiz : 11 inci x 8.5 inci 
Material : Soft cotton + Felt (applique)

Bantal 3 : Hafiz ♡ Miera
Tempahan dari Jalan Ampang, KL
Saiz : 11 inci x 8.5 inci 
Material : Felt 

Okay, yang ni je untuk kali ni. Serius mokcik sibuk bebenor bulan ni...hahaha

Yang ni pesanan penting tau, sebelum terlupa, pada pemenang Giveaway yang dah tuntut hadiah di page Lime Like Shop & ada yang sms, jangan risau ye, selepas Krismas (25 Dec 2013) hadiah akan dipos. Sebab ada lagi yang belum tuntut ni. Nak pos sekali terus je untuk bahagian hadiah. Minta maap sangat pada pemenang yang dah lama tuntut tu. Lambat sikit je kan kan....hehehe

Sekian. ^_^


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...