Sunday, March 10, 2013

About Money $$

Assalamualaikum.......

Sebuah peribahasa cina ada mengaitkan kehidupan manusia yang fana ini dengan wang. Memang betul pun, segala benda dan perkara bermain dengan duit sekarang, 'no money no talks!'.....Haa, yela kan, tak topup mana boleh calling2, gayut 24 jam kan, nak buang air pun kena bayar!

Tapi, kita kena ingat tak semua boleh dibeli dengan duit, mungkin boleh beli luarnya, bukan isinya......~

● Dengan duit, jam yang mahal boleh dibeli tapi bukan masanya..

● Dengan duit, katil yang empuk boleh dibeli tapi bukan tidur yang lena..

● Dengan duit, buku yang bagus boleh dibeli tapi bukan ilmu pengetahuan..

● Dengan duit, kita boleh berjumpa doktor pakar tapi bukan kesihatan yang baik..

● Dengan duit, kita boleh membeli kedudukan yang tinggi tapi bukan dihormati..

● Dengan duit, darah boleh dibeli tapi bukan nyawa..

● Dengan duit, manusia menggadai maruah demi nafsu, tapi bukan cinta yang suci


No place like a home, we can buy a house but not a home~

~sekadar peringatan bersama~


Saturday, March 9, 2013

Segmen Follow & Blogwalking # 2 Oleh Mialiana.com


Segmen ini dibuat bagi memudahkan Mia Liana untuk follow dan blogwalking semua blog peserta segmen ini. Secara tidak langsung ianya memberi ruang dan peluang kepada blogger lain untuk turut follow, blogwalking dan berkenalan antara satu sama lain dengan lebih mesra.

Segmen ini bermula dari 7.00 pagi 9 Mac 2013 sehingga 11.59 malam 20 Mac 2013. Mia Liana berharap agar segmen ini mendapat sambutan dan semua blogger dijemput join.

Hanya 4 langkah mudah diperlukan :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen Follow & Blogwalking #2 Oleh Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri ini.
Pemilihan pemenang :
  1. 10 blog akan dipilih melalui random.org
  2. Pemenang dikehendaki memberikan satu URL entri terbaik dari blog mereka untuk di review di Mialiana.com
  3. URL entri terbaik hendaklah ditinggalkan di ruangan komen entri pengumuman pemenang nanti.
tunggu apa lagi... sila klik banner di atas untuk join....

Thursday, March 7, 2013

Hidup ibarat keyboard

Assalamualaikum.......

Pepatah hidup sang ombak, hidup ini umpama layang-layang....
Pepatah hidup dari sang angin, hidup ini umpama keyboard...pepatah haruslah selari dengan arus kemodenan dunia....hahhahaktui

Tapi permainan layang-layang masih relevan di zaman kita sekarang kerana permainan ni masih lagi dimainkan dan dikekalkan ciri-ciri keaslian layang-layang tersebut oleh sang pencinta permainan tradisional. Sekurang-kurangnya, bila sesi pembelajaran sedang berlangsung di sekolah-sekolah rendah seluruh Malaysia ni, taklah jakun sangat budak-budak tu nanti....

Tersebutlah kisah di SK Angin Sepoi.......

   Cikgu : siapa boleh terangkan maksud "hidup ini umpama layang-layang"
   Izzah : saya cikgu..... maksudnya hidup kita dipenuhi dengan onak dan duri, kadang-kadang di atas, kadang-kadang di bawah...
   Cikgu : wau, bagus macam skrip drama pulak...
   Maria : tapi cikgu, saya nak tukar boleh
   Cikgu : tukar macam mana pulaknya?
   Maria : "hidup ini umpama keyboard"
   Cikgu : uish..kenapa pulak
   Maria : boleh enter, boleh delete, boleh backspace, kadang-kadang boleh escape dan yang paling penting boleh hentam2 je...hehe
   Cikgu : woo, khelasss kau Maria!

The end~cerita merapu meraban


p/s : ceritera rekaan semata-mata tiada kaitan dengan sesiapa pun

p/s lagik : hidup umpama kipas pun boleh, janji iman tak goyang kala ditiup bisikan halus

~with sharing, we caring~

Sunday, February 24, 2013

This is Me

Assalamualaikum.......

Please focus on the BIG TITLE......hahaha



Tenkiu my colleague...(",)

~sharing with caring~

Sunday, December 9, 2012

Jadi diri sendiri

Assalamualaikum......

Tak susah menjadi diri sendiri, tapi hakikatnya sekarang ada yang memilih untuk menjadi orang lain....tak payah la, buat penat je.

Mengikut pada pembacaan aku, cap jari setiap manusia di dunia ni adalah berbeza walau pasangan kembar sekalipun, hebatkan kejadian Allah!
Tapi kaitan cap jari ni dengan tajuk asal?? haha

Sebenarnya, setiap identiti manusia adalah berbeza dan hanya satu identiti untuk seorang manusia....senang cerita nisbah 1 manusia, 1 identiti...sama juga dengan cap jari kita, kalau ada 2 orang yang mempunyai cap jari yang sama, tak ke haru biru jadinya....senang senang jela orang kedua akses akaun orang pertama kan

Identiti kita pun ada satu je, janganla gatal gatal nak jadi orang lain, siti nurhaliza ada satu, biarlah satu je hendaknya, kita cuma mencontohi kejayaan atau sikap beliau, MENCONTOHI, bukan meniru sebijik sebijik..kalau kita jadi orang lain siapa nak jadi diri kita, hahahha~


Be Happy, Be Yourself, If Others Don't Like It Then Let Them Be, Happiness Is A Choice. Life Is Not About Pleasing Everybody..

BE YOURSELF, IT'S LIMITED EDITION!


~sebaik baik contoh adalah Nabi Muhammad S.A.W.~

Monday, November 5, 2012

Manusia yang mulia

~ Assalamualaikum ~


Daripada Khalifah Abdul Malik Marwan ~

" Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika mampu membalas, dan bersikap adil ketika kuat. "


~ (",) ~

Wednesday, October 17, 2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...