Terdapat seorang janda miskin yang mempunyai tiga belas orang anak lelaki. Apabila anak-anaknya sudah boleh berdikari, dia memanggil mereka.
“Anak-anakku,” kata janda itu, “Ibu sangat miskin untuk memenuhi semua keperluan kamu. Kamu sudah dewasa dan carilah haluan hidup masing-masing di dunia ini.”
Budak-budak itu faham akan keadaan lalu mengucapkan selamat tinggal kepada ibu mereka untuk pergi mencuba nasib.
Setelah beberapa lama, anak-anak itu tiba di sebuah istana lalu meminta derma. Raja bertitah, “Kamu sangat ramai untuk ditanggung tetapi jika salah seorang daripada kamu berani mempersembahkan bulu milik serigala yang jahat di dalam hutan sana, kamu akan mendapat ganjaran lumayan.”
Adik-beradik itu belum pasti apa yang hendak dilakukan kecuali adik bongsu yang dipanggil ‘Si Kecil Ketiga Belas’ yang berbadan seperti orang kenit tetapi cerdik seperti rubah. Dia menyembah Raja lalu berkata, “Ampun Tuanku, patik akan persembahkan selimut bulu itu kepada Tuanku sekiranya Tuanku kurniakan patik sebatang jarum yang panjangnya enam kaki.”
Dengan membawa jarum itu, Si Kecil Ketiga Belas memulakan perjalanan ke pondok serigala. Apabila serigala keluar, dia menuruni corong dapur lalu bersembunyi di bawah katil serigala.
Pada malam itu apabila serigala tidur, Si Kecil Ketiga Belas merangkak keluar lalu mencucuk serigala dengan jarum yang panjang itu. Ketika serigala berkalih-kalih, dia merentap selimut bulu tersebut lalu berlari sepantas-pantasnya.
Serigala itu mempunyai seekor burung nuri bijak yang boleh memberitahu tentang waktu. Apabila bangun pada keesokan paginya, serigala bertanya, “Pukul berapa wahai burung nuri?”
Burung nuri menjawab, “Pukul lima, dan Si Kecil Ketiga Belas telah mencuri selimut bulu kamu.”
“Siapa Si Kecil Ketiga Belas?”
“Dia seorang budak lelaki berbadan seperti orang kenit tetapi cerdik seperti rubah.”
“Betulkah? Tunggu sehingga saya tangkapnya dan jadikannya makanan!”
Ketika itu Si Kecil Ketiga Belas sudah pulang ke istana dengan membawa selimut bulu itu kepada Raja yang berasa kagum melihatnya.
Raja bertitah, “Si Kecil Ketiga Belas, sekiranya kamu ingin mendapat upah yang lebih banyak, pergi semula ke pondok serigala dan persembahkan bantal serigala yang berjahit loceng-loceng kecil kepada beta.”
“Baiklah, Tuanku,” jawab Si Kecil Ketiga Belas, “Berikan patik sepotong serat rami yang kecil dan benang.”
Setelah permintaan itu dipenuhi, Si Kecil Ketiga Belas kembali semula ke pondok serigala, menuruni cerobong dapur lalu bersembunyi di bawah katil serigala.
Si Kecil Ketiga Belas menunggu sehingga serigala tidur sebelum merangkak keluar. Dia membungkus sebuah demi sebuah loceng di dalam serat rami dan mengikat dengan benang untuk menghalang loceng-loceng itu daripada bergoncang. Kemudian dia melarikan bantal itu.
Pada keesokan paginya, burung nuri itu memberitahu serigala bahawa Si Kecil Ketiga Belas mencuri bantalnya. Serigala berasa sangat marah.
Raja masih tidak berpuas hati lalu bertitah kepada Si Kecil Ketiga Belas, “Kamu adalah raja pencuri dan sudah tentu kamu akan menjadi seorang yang benar-benar kaya sekiranya memenuhi permintaan ketiga dan terakhir beta. Persembah serigala besar yang jahat itu kepada beta. Sekiranya gagal, kamu akan dihukum.”
Si Kecil Ketiga Belas masuk tidur dengan perasaan sedih kerana tidak dapat membayangkan bagaimana hendak melakukan perkara itu. Bagaimanapun apabila terjaga, dia menggosok kedua-dua belah tangannya dengan perasaan gembira lalu berteriak, “Ya! Aku tahu cara mendapatkan makhluk itu sekarang!”
Si Kecil Ketiga Belas mengeluarkan sebuah kereta sorong kecil dari bangsal dan memenuhkan kereta sorong itu dengan papan-papan dan paku-paku. Apabila tiba di pondok serigala, dia menjerit dengan kuat, “Si Kecil Ketiga Belas sudah meninggal! Siapakah yang boleh menolong saya membuat kerandanya?”
Serigala berteriak, “Saya! Sudah tentu saya akan tolong!” Ia keluar dengan segera lalu menolong menyiapkan keranda.
Apabila keranda siap, Si Kecil Ketiga Belas berkata kepada serigala, “Kamu mesti cuba masuk ke dalam keranda ini kerana saiz kamu hampir sama saiznya.”
Serigala tidak mengesyaki apa-apa berbaring di dalam keranda itu. Si Kecil Ketiga Belas menghentak segera lalu memaku penutup keranda itu.
Ketika serigala menghentam dinding keranda dan menjerit dari dalam keranda, Si Kecil Ketiga Belas berkata, “Sekarang saya akan beritahu kamu satu rahsia – Sayalah Si Kecil Ketiga Belas!”
Kemudian Si Kecil Ketiga Belas mengangkat keranda itu ke dalam kereta sorong lalu pulang ke istana. Di istana, orang ramai menyaksikan serigala besar yang keji itu melalui celah-celah papan keranda sebelum membuat unggun api untuk menghapuskan haiwan itu.
Si Kecil Ketiga Belas pun di anugerahi sebuah beg besar berisi syiling-syiling emas. Dia dan abang-abangnya pun kembali ke rumah menemui ibu mereka dan kini mereka tidak miskin lagi.
P/S : Berfikir sebelum bertindak.
P/S 2 : Selamat Hari Lahir Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. Daulat Tuanku!
Kredit kepada : Koleksi Cerita Dongeng
Saturday, April 19, 2014
Thursday, March 6, 2014
Bantal Ucapan HB
Assalamualaikum.
Alhamdulillah dan selamat pagi. Kali ni tempahan awal bulan Februari. Ada dua bijik tempahan awal Februari dulu. Satu bantal ucapan 'Happy Birthday' dan satu lagi bantal nama. Saya ada beberapa tips nak bagi pada semua business owner. Bukan apa, tiba-tiba tergerak hati nak kongsi pandangan lepas mengalami situasi yang tidak memuaskan hati..hehehe
Sebagai seorang peniaga anda haruslah / hendaklah :
- Sabar dengan permintaan pelanggan. Mungkin ada yang cerewet dan nak mintak diskaun, tapi layan macam biasa je. Jangan naik angin tak tentu pasal. Semua orang ada perasaan, pelanggan dan peniaga. So, sebagai peniaga, kita yang harus mengawal keadaan.
- Jawab semua soalan dari pelanggan. Tak semestinya dia nak beli, soalan je lebih, tapi untuk menjaga nama baik perniagaan kita (walaupun meniaga kecil-kecilan), jawab semua soalan secara berhemah.
- Jangan paksa pembeli membeli barang kita..hehehe ada ker? Jangan nampak desperate nak suruh orang beli barang kita, menunjukkan barangan dari kita tak berkualiti walaupun sangat berkualiti!
Amboi angkat bakul sendiri nampak?! hahaha, sekarang baru lega!
Happy Birthday Teya
Saiz : L 17 inci x 11 inci
Material : Soft cotton + felt
Tempahan dari UPNM Sungai Besi
Dania
Saiz : M 11 inci x 8.5 inci
Material : Flannel + felt
Tempahan dari Seri Kembangan
Sebarang tempahan bantal boleh rujuk di sini -----> Tempahan
Arghhhh...cepatnya masa berlalu kan, sekejap je dah bulan Mac 2014, makin hari makin tua mokcik ni, bekalan amalan dah cukup ke? :))
"Demi masa. Sesungguhnya semua manusia itu di dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan pesan pada kebaikan, dan berpesan pesan pada kesabaran."
Sekian ^_^
Friday, February 28, 2014
Tempahan Bantal Bulan Januari
Assalamualaikum.
Salam Jumaat, banyakkan berselawat dan baca Al-Fatihah ye. Update tempahan bantal lagi. Alhamdullilah, rezeki tak putus dari Allah. Yang penting kita usaha dan tawakal. Sekarang ni nak update tempahan bulan Januari, ada beberapa bijik je lagi nak menunjuk kat sini.. hahahaha. Tempahan bulan Februari ni saya update bulan Mac nanti, haha aci tak? Kamon la, pemalas tapi ada hati nak berbelog! hehehe, jom cekidaut saki baki tempahan bulan Januari haritu..
Saiz : L 17 inci x 11 inci
Material : Cotton + Felt
Text : Sweet 19 Miera Syera
Saiz : M 11 inci x 8.5 inci
Material : Flannel + Felt
Text : Zulfaizan
Saiz : 10 inci x 10 inci
Material : Cotton + Felt + Fabric paint
Text : TQ Thank You
Siapa lahir 29 Februari? Alamak, ampun takde birthday present tahun ni...
hehehehehehhe
Sekian ^_^
Thursday, February 27, 2014
Petua Menjaga Kulit & Rambut
Assalamualaikum.
Sekarang ni walaupun banyak sangat produk dan teknologi untuk mencantikkan diri, tapi petua menjaga kecantikan secara semulajadi juga masih diamalkan. Ni serba sedikit yang boleh saya kongsikan untuk diamalkan. Yang penting rajin ye jelitawan sekalian..hehhehe
Petua menjaga Rambut & Kulit kepala :
- Lumurkan santan segar dikepala selama beberapa minit. Kalau boleh lebih kurang 30 minit macam tu la. Biarkan. Pastikan santan meresap ke kulit kepala dan sapu sikit kat rambut. Lepas tu bilas sampai bersih.
- Ambil daun pucuk manis, tumbuk atau lumatkan dan sapu di kulit kepala. Sesuai untuk melebatkan rambut. Insyaa Allah berkesan sebab ada testimoni...hahahaha, macam ni pun ada testimoni!
- Amalkan pemakaian minyak rambut setiap malam sebelum tidur, dan esok paginya bila mandi bilas dan syampoo sampai bersih. Pakai malam supaya minyak tu mesra dengan kulit kepala.
- Jangan biarkan rambut terdedah kepada cahaya matahari terlampau lama. Boleh rosakkan rambut dan meningkatkan jumlah kelemumur! Kesimpulannya, pakailah tudung...hehehe
- Minumlah Radiance Signature untuk penjagaan rambut dari dalaman... hehehe
Petua menjaga Kulit Muka :
- Parut seketul ubi kayu dan tampalkan pada muka. Biarkan hingga kering, dan basuh dengan air suam. Amalkan setiap malam untuk melembutkan kulit muka.
- Sapukan muka dengan putih telur. Biarkan selama 30 minit atau sampai kering. Kemudian basuh sehingga bersih. Buat dalam 3 kali seminggu.
- Pakai bedak sejuk yang dicampur dengan sedikit kunyit. Kunyit membantu melembutkan kulit muka, memang berkesan sebab saya sendiri amalkan.... kalau rajin..hehe
- Banyakkan minum air kosong atau air suam setiap hari. Boleh buang toksin dalam badan dan bersihkan badan dari dalaman.
- Amalkan pengambilan kolagen atau supplement tambahan contohnya Radiance Signature..
Testimoni pengguna Radiance Signature. Jerawat cepat mengecut dan muka semakin glowing.
Radiance Signature Whitening and Glowing. Dalam bentuk sachet dan mudah untuk diambil. 1 kotak mengandungi 20 sachet.
Proses Radiance Signature terhadap tubuh badan :
- Merawat dalaman badan terlebih dahulu sekiranya dalaman badan mempunyai masalah.
- Merawat dan menggantikan sel kulit mati
- Menambah kandungan kolagen dalam badan
- Menjadikan kulit cerah dan gebu secara sekata.
Untuk pembelian boleh hubungi seperti berikut :
SMS/Whatsapp : 017-571 6759 (Ain)
Member ID : RSA0018
Sekian ^_^
Tuesday, February 25, 2014
Bantal Tema Kucing Montell~
Assalamualaikum.
Amboih, awal bebenor menaip harini.. Harini mood banyak baik, rajin la mengupdate belog. hehe, jom tengok design bantal terbaru dari Lime Like Shop. Bertemakan kucing tembam yang montelllll~
Peminat-peminat kucing dan pencinta-pencinta kucing sekalian kalau berminat boleh masuk order okay. Nah tengok...!!!
Design Kucing Oren
Saiz : 12 inci x 12 inci
Material : Flannel + Felt
Design Kucing Putih
Saiz : 13 inci x 13 inci
Material : Flannel + Felt
Tambahan : Lining tepi
Meowwwwww... Harga untuk design ni berbeza ye daripada design bantal nama.
Untuk prosedur tempahan bantal boleh rujuk di sini ----> Tempahan
Lime Like Shop
Sekian ^_^
Monday, February 24, 2014
1001 Khasiat Radiance Signature
Assalamualaikum.
Lepas bantal, Radiance Signature. Dah macam kedai rojak dah belog ni.. hehehee, takpela, pembaca boleh dapat 1001 barang dalam belog ni 2 3 bulan lagi...hahahahaha
Akan datang, akan datang... ^_^
Okay, ni info pasal Radiance Signature. Sesuai sangat dengan korang yang nak putih dan gebu di samping khasiat kesihatan yang lain.
Kecantikan :
- Mencerah dan menggebukan kulit seluruh badan
- Memberikan kulit yang cantik dan sihat
- Menjadikan kulit glowing secara semulajadi
- Mengecut dan menghilangkan jerawat
- Menghilangkan kulit kusam dan tidak bermaya
- Menghilangkan jeragat
- Menghilangkan sel kulit mati
- Mengecilkan pori-pori
- Meningkatkan kandungan kolagen dalam badan
Kesihatan :
- Menstabilkan tekanan darah
- Menstabilkan hormon lelaki dan wanita
- Merawat ekzema
- Merawat resdung
- Merawat rambut gugur dan tidak bermaya
- Melawaskan pembuangan
- Merawat keputihan pada alat sulit wanita
- Bertindak sebagai anti-body
- Memberikan tenaga serta merta
- Merawat dan mencuci buah pinggang
- Meningkatkan daya ingatan
Bentuk Badan Yang Ideal :
- Mengawal berat badan
- Membuang toksin dalam badan
- Memberikan rasa kenyang
- Meningkatkan kadar metabolisma badan
Duta dan pengguna Radiance Signature. Alhamdulillah makin cantik dan berseri orangnya.
Cara Pemakanan :
- Hanya koyak hujung sachet dan minum
- 1 sachet di waktu malam sebelum tidur
Kesan Terbaik :
- 1 sachet waktu pagi sebelum sarapan
- 1 sachet waktu malam sebelum tidur
==========================
HARGA PROMOSI DAH TAMAT
==========================
Harga Semenanjung Malaysia :
1 kotak = RM 180
2 kotak = RM 350
3 kotak = RM 520
Harga Sabah Sarawak :
1 kotak = RM 190
2 kotak = RM 370
3 kotak = RM 550
Nota : Saya adalah pengedar sah Radiance Signature.
Member ID : RSA0018 (Ain)
Untuk mengelakkan anda membeli produk palsu, pastikan penjual anda mempunyai Member ID ye. Senarai pengedar sah boleh semak di link ini :
Bantal Nama Yang Gebu =)
Assalamualaikum.
Macam biasa la, kalau tuannya tak puji siapa lagi nak puji kannn....hehehehehehe. Alhamdulillah, bantal-bantal ni dah lama siap dan dah selamat dipos ke tangan penempah masing-masing. Tangan ni je malas nak update belog beliau, lalu tergendalalah perkembangan terkini hasil dari beliau. Ecewahhhh.. ^_^
Jom tengok ada 3 bijik bantal saya update sekaligus, boleh cuci mata yer. Tiga-tiga ni siap pada awal bulan 1 haritu, sebulan lebih baru nak tunjuk, bagus kan?? hahaha
Bantal Nick Uqasyah
Saiz : L 17 inci x 11 inci
Material : Flannel + Felt
Tempahan dari Petaling Jaya, Selangor
Bantal Qistina
Saiz : M 11 inci x 8.5 inci
Material : Soft cotton + Felt
Tempahan dari Kuala Lumpur
Bantal Juliaha
Saiz : A 20 inci x 10 inci
Material : Soft cotton + Felt
Tempahan dari Temerloh, Pahang
Untuk tempahan bantal boleh rujuk di sini ------> Tempahan
Lime Like Shop
Sekian ^_^
Subscribe to:
Posts (Atom)













